ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis trafik sambut geng motor di Langkawi, siap tunggu di jeti

Tular

Views

Keseronokan geng motosikal Yamaha RXZ yang dianggap sebagai motosikal kelas atasan bagi menyambut tahun baharu di Pulau Langkawi nampaknya tertangguh.

K! ONLINE melaporkan, menerusi video berdurasi tiga minit yang dikongsi di lamn Facebook Yamaha Army memaparkan ratusan penunggang motosikal ditahan polis trafik sebaik sahaja tiba di jeti pulau tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Difahamkan penunggang-penunggang motosikal itu bergerak secara konvoi dari beberapa buah negeri bagi menyambut tahun baharu.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terkejut dengan operasi itu selain menyifatkan ia wajar dilakukan kerana terlalu ramai penunggang motosikal masuk ke pulau tersebut menjelang tahun baharu.

“Dengarnya 600 biji masuk, lagi 600 biji sampai petang ini. Kami penduduk dan team biker Langkawi alu-alukan ketibaan kawan bikers dari negeri naik, cuma ada segelintir yang buat ramai orang sini menyampah. Jalan sini kena banyak hati-hati sebab ramai keluarga bercuti juga,” kata Baderol.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

“Motosikal RM50,000 hingga RM100,000, tak ada masalah bayar saman setakat RM1,000,” kata Ahmad Mustakim. “Nak pergi konvoi itu kalau motosikal cukup sifat polis takkan kacau punya,” kata Pit.

“Ini mesti ada yang report. Mungkin ada yang buat huru-hara yang mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk. Maklumlah dalam ramai-ramai mesti ada yang suka tunjuk kehebatan masing-masing,” kata Zam.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 534,000 tontonan dan 2,200 komen.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply