ARKIB

KATEGORI

Buletin

Potong barisan – Polis cari pemandu Myvi dan Bezza ini sampai ke rumah

Berita Tempatan

Views

Tindakan dua pemandu memotong barisan di Kilometer 31.8 Jalan Klang – Teluk Intan membawa padah apabila dikenakan saman, semalam.

K! ONLINE melaporkan, kedua-dua pemandu berusia 31 tahun itu diberikan saman apabila polis mengunjungi rumah mereka di sekitar Taman Assam Jawa dan Taman Yu kira-kira pukul 7 petang.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya terlebih dahulu mengesan beberapa kiriman foto di laman sosial Facebook memaparkan beberapa buah kenderaan bertindak memotong barisan di kawasan lampu isyarat Simpang Empat Jeram.

Katanya, kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 6.30 petang dan hasil penelitian kemudiannya berjaya mengesan nombor pendaftaran dua buah kereta iaitu jenis Perodua Myvi dan Bezza yang terlibat dalam kejadian itu.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Berpandukan maklumat tersebut, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Selangor kemudiannya telah pergi ke kediaman mereka. Hasil soal-siasat, kedua-dua pemandu telah mengaku memotong barisan semasa kejadian tersebut.

Beliau menegaskan tindakan saman di bawah Rule 6(1)A LN166/59 (Memotong Secara Bahaya/Potong Barisan) telah dikenakan kepada kedua-dua pemandu itu.

Justeru, Ramli menasihati mereka supaya memandu dengan bertanggungjawab dan bertimbang rasa kepada pengguna jalan yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply