ARKIB

KATEGORI

Tular

Potong barisan secara berbahaya, pemandu Toyota Vellfire disaman

Tular

Views

Tindakan seorang pemandu lelaki memotong barisan secara berbahaya di Jalan Sultan Nazrin Shah di Ipoh, membawa padah apabila dikenakan saman oleh pihak polis.

UTUSAN melaporkan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan video tular memaparkan pemanduan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire yang melakukan kesalahan tersebut semalam.

 

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Katanya, hasil siasatan polis berjaya mengesan pemandu kenderaan itu di Gunung Rapat di mana suspek mengakui melakukan kesalahan tersebut pada 11.44 pagi, Selasa lalu.

Saman dikeluarkan kepada pemandu terbabit mengikut Kaedah 6(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 LN166/59 iaitu memotong kenderaan lain secara berbahaya.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Terdahulu, tular video berdurasi 33 saat memaparkan pemandu kereta tersebut memotong barisan secara berbahaya dengan pemandunya turut keluar dari kenderaan dengan lagak ‘samseng’.

Perkongsian itu membangkitkan pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta itu yang boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply