ARKIB

KATEGORI

Buletin

PPSB tawar tambang percuma feri Pulau Pinang selama 2 minggu mulai 1 Januari depan

Berita Tempatan

Views

Astro AWANI melaporkan, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menawarkan tambang percuma selama dua minggu buat penumpang pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri. Menurut PPSB, tawaran tambang percuma itu bakal dinikmati oleh pengguna bermula 1 hingga 14 Januari tahun hadapan.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Berdasarkan hasil perbincangan bersama dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, PPSB akan memberikan tambang feri percuma untuk penumpang pejalan kaki selama dua minggu bermula 1 Januari 2021 hingga 14 Januari 2021.

PPSB memaklumkan, pihaknya komited menyediakan perkhidmatan dan kemudahan feri yang boleh dipercayai untuk kegunaan orang ramai. Bermula 1 Januari tahun hadapan PPSB akan menyediakan perkhidmatan feri untuk membawa motosikal dan basikal selain daripada penumpang pejalan kaki.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengumumkan bermula 1 Januari depan, bot penumpang laju akan menggantikan perkhidmatan feri bagi menghubungkan penumpang antara bahagian pulau dan Seberang Perai.

Feri sedia ada juga hanya digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh sama sekali gus berakhirnya perkhidmatan feri untuk kenderaan empat roda di negeri itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply