ARKIB

KATEGORI

Buletin

PRO-NET rangkul anugerah berprestij “Best Oversea Pioneer Partner” dari smart Automobile

Berita Tempatan

Views

Prestasi PRO-NET dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) menerima pengiktirafan setelah merangkul anugerah berprestij ‘Best Oversea Pioneer Partner‘ oleh smart Automobile, usaha sama antara Mercedes-Benz dan Geely Holding di Forum Global smart yang diadakan di Beijing, baru-baru ini.

Selepas penilaian menyeluruh dari 22 buah negara, PRO-NET tersenarai antara 3 syarikat teratas dalam anugerah ini.

smart Global memperakui kebolehan PRO-NET sebagai syarikat yang mempunyai kualiti pembinaan rangkaian yang luar biasa, pegangan pasaran EV yang mengagumkan dan pemasaran yang inovatif.

PRO-NET komited dalam menyediakan pengalaman pemilikan premium yang dapat dilihat melalui pelan perluasan strategiknya di seluruh rangkaian pengedar serta pengecasannya di seluruh negara.

Dengan 13 buah pengedar rasmi smart yang direka untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik, PRO-NET dapat menyokong sepenuhnya pemilik smart #1 sedia ada dan pelanggan baharu bagi smart #3 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Selain itu, PRO-NET juga telah meningkatkan infrastruktur dan kebolehpercayaan pelanggan melalui rangkaian pengecasan yang semakin berkembang termasuk 36 ruang pengecas merangkumi 9 negeri di Malaysia.

smart Automobile mengiktiraf komitmen PRO-NET dalam memanfaatkan teknologi kepada pengalaman pelanggan dan mempromosikan mobiliti lestari.

Pencapaian cemerlang PRO-NET adalah melalui pengenalan Aplikasi Hello smart, yang dapat mengubah cara pengguna berinteraksi dengan kenderaan smart mereka.

Peta pengecasan yang diintegrasi dalam aplikasi ini menyediakan akses kepada 75 peratus titik pengecasan di seluruh negara.

Seterusnya, penambahan halaman komuniti dalam aplikasi ini membolehkan pengguna smart dapat berhubung, memperoleh tip penggunaan produk, berkongsi pengalaman, dan bertukar pendapat dalam komuniti.

Kempen ‘Go Green Go smart‘ memberikan insentif kepada pemilik kenderaan enjin petrol (ICE) untuk beralih kepada EV, sejajar dengan usaha kelestarian global.

smart Malaysia telah membina platform untuk melatih pakar jualan mengenai teknologi EV serta menawarkan ganjaran dan laluan kerjaya dalam membangunkan duta teknologi EV dan pendukung kemajuan pengangkutan lestari.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Syarikat juga telah berkolaborasi bersama pelajar universiti dalam menyediakan platform untuk memaparkan kreativiti mereka melalui video pendek mengenai mobiliti elektrik.

Di Malaysia, smart dengan pantas dinobatkan sebagai tiga pilihan utama segmen kenderaan SUV EV premium walaupun hanya melancarkan satu model sahaja di pasaran.

Dari awal pelancaran sehingga bulan April, smart menduduki tempat keempat sebagai jenama EV premium secara keseluruhan.

Kejayaan ini adalah bukti kepada keyakinan dan kepercayaan pelanggan kepada jenama dan ekosistem smart yang komprehensif termasuklah Aplikasi Hello smart.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif di PRO-NET, Zhang Qiang, anugerah ini adalah bukti kepada kerja keras dan dedikasi seluruh pasukan smart.

Malah, ia disokong oleh rangkaian pembekal smart yang komited berkongsi visi menuju mobiliti lestari dan berusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan.

PRO-NET bertekad dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik demi menerajui masa depan yang lestari untuk mobiliti bandar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply