Jenama motosikal ikonik Itali, Ducati, memang terkenal dengan motosikal berprestasi tinggi, ketangkasan dan pengendalian yang hebat, serta gaya hidup premium. Rangkaian superbike Ducati , Monster, Streetfighter, Hypermotard, Multistrada dan Diavel telah dipasarkan di lebih 60 negara di seluruh dunia.
Kini motosikal Ducati dan gaya hidup Ducati menjadi lebih berpatutan dengan Program Ducati terpakai yang ditawarkan oleh Ducati Malaysia. Peminat Ducati boleh melihat motosikal Ducati terpakai tersebut dan motosikal trek yang dibuat semula seperti baru dan boleh didapati di bilik pameran Ducati Pra terpakai yang terletak di Petaling Jaya.
Bilik pameran Ducati terpakai mempamerkan pelbagai motosikal Ducati yang terdiri daripada Monster 795 sehingga ke model premium, Panigale 1199. Unit tersebut terdiri daripada motosikal yang terpakai, motosikal demo syarikat dan motosikal yang digunakan semasa Ducati Riding Experience (DRE) di Minggu Ducati Asia 2012 (didaftarkan) dan sedia untuk dijual pada harga yang sangat berpatutan.
Harga yang ditawarkan untuk Monster 795 ialah RM52, 888 dan Diavel Chrome pada harga RM115, 888. Semua unit terpakai telah diperiksa dan disahkan oleh Ducati After Sales dengan pilihan jaminan dilanjutkan selama 1 tahun.
Ducati Centre ini merupakan yang terbesar dan paling lengkap di rantau Asia dengan keluasan 201.000 kaki persegi, dilengkapi bilik pameran, Ducati Bologna Cafe, Ducati Club Lounge untuk ahli Kelab Pemilik Ducati, Pusat Kecergasan, Ducati Merchandise Square dan pusat selepas jualan dengan 8 ruangan servis dan bilik penalaan suspensi. Ducati Centre di Naza Automall PJ sememangnya canggih dan menjadi pusat sehenti untuk pemilik dan peminat Ducati.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
KOMEN TERKINI