Tesla baru-baru telah mengumumkan pelancaran Program EV Switcher di Malaysia dengan tawaran terhad insentif atau diskaun tambahan (uplift) sebanyak RM10,000.
Insentif ini adalah untuk menggalakkan pemilik kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) keluaran Tesla.
Melalui program ini, pemilik kenderaan boleh menukar kenderaan ICE mereka kepada kenderaan elektrik Tesla dengan mudah.
Ciri-ciri utama Program EV Switcher
- Penilaian yang mudah: Tesla menawarkan penilaian dalam talian yang pantas bagi kenderaan tukar beli (trade-in), memudahkan pelanggan untuk mengetahui nilai kenderaan mereka dengan cepat dan mudah.
- Proses yang lancar: Proses tukar beli ini direka dengan mudah untuk memudahkan peralihan dari kenderaan ICE kepada kenderaan elektrik Tesla.
- Uplift RM10,000 untuk tempoh masa terhad: Pelanggan yang menukar kenderaan ICE mereka dalam tempoh yang ditetapkan akan menerima tambahan RM10,000 sebagai diskaun untuk pembelian kenderaan Tesla baharu.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Untuk maklumat lanjut mengenai Program EV Switcher Tesla dan bagaimana cara untuk menikmati “uplift” RM10,000 ini, sila layari laman web Tesla atau hubungi 1800 810 655. Selain itu, mereka juga boleh membuat janji temu untuk sesi pandu uji.
Insentif Hijau untuk Memiliki Tesla
Selain daripada program ini, stok Tesla yang tersedia juga layak untuk memohon Insentif Hijau, yang menyokong usaha Malaysia untuk meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik.
Pelanggan boleh memiliki Tesla dengan kadar faedah 0 peratus dan bayaran muka minimum 10 peratus. Model 3 dijual pada harga bermula dari RM181,000 dengan anggaran bayaran harian serendah RM55, manakala Model Y bermula pada harga RM191,000 dengan anggaran bayaran harian serendah RM58.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Untuk syarat penuh, rujuk pautan di bawah:
Insentif Hijau untuk Memiliki Tesla | |
Model 3 | https://www.tesla.com/en_my/event/model3-incentives-24q2 |
Model Y | https://www.tesla.com/en_my/event/modely-incentives-24q2 |
Lokasi Tesla di Malaysia
- Pusat Pengalaman Cyberjaya: 23A Persiaran APEC, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, 63000.
Pavilion Damansara Heights, Pusat Pengalaman: Lot 2.27.11, Tingkat 2, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur, 50490. - Bilik pameran dan perkhidmatan pandu uji Gurney Plaza, Penang – Aras Bawah, Pintu Utama, 170, Gurney Drive, Pulau Tikus, 10250 George Town, Pulau Pinang.
- Bilik pameran dan perkhidmatan pandu uji Sunway Big Box – East Wing, 1 Persiaran Medini 5, 79250 Iskandar Puteri, Johor.
- Bilik pameran dan perkhidmatan pandu uji The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru – Aras Tiga Selatan (TFS), Persiaran Southkey 1, Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor.
Pusat Servis Tesla di Pulau Pinang
- Pusat Servis Pulau Pinang – 3109, Jalan Jelawat, Taman Perindustrian Seberang Jaya, 13700, Perai, Pulau Pinang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI