ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program Loyal-T Toyota janjikan lebih banyak nilai dan ganjaran

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor melancarkan Program Loyal-T Toyota buat semua pemilik kenderaan Toyota yang menjanjikan lebih banyak nilai dan ganjaran serta keselesaan tambahan untuk dinikmati.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, sejak sebelum ini, pihaknya telah melaksanakan pelbagai usaha tambah nilai dan mempertingkatkan mutu khidmat untuk meningkatkan lagi keselesaan pelanggan.

Tambahnya, inilah cara pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kepercayaan dan sokongan pelanggan terhadap jenama ini.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menerusi program ini, semua pelanggan Toyota akan memperolehi mata ganjaran ketika membuat pembelian kenderaan, servis kereta, pembelian alat ganti, pembaharuan insurans serta baik pulih cat dan badan di semua cawangan rasmi Toyota seluruh negara.

Dengan semua mata terkumpul ini, pelanggan boleh menukarnya kepada baucar e-servis yang boleh dituntut dan digunakan bagi servis akan datang. Program ini menggantikan program Toyota Merit sebelum ini yang berakhir pada Jun lalu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama berkata, konsep dan skim ganjaran ini berserta struktur keahlian menyeluruhnya telah menjadi pertalian jangka panjang antara Toyota dan pelanggan selama ini.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Struktur keahlian yang menyeluruh melalui program ini mengiktiraf pertalian berkenaan, dan ia merupakan satu tanda komitmen mereka sentiasa berada di sisi pelanggan untuk beberapa generasi mendatang.

Untuk mendaftar, muat turun aplikasi mudah alih Toyota Drive dari Google Play Store atau Apple App Store. Kemudian, pelanggan akan diminta untuk mendaftarkan perincian mereka dengan Toyota.

Semua maklumat yang diberikan dijamin selamat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (PDPA). Para pelanggan Toyota digalakkan untuk memanfaatkan program ini menerusi semua ganjaran yang ditawarkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply