ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program Pembangunan Bakat Badminton berjaya lahirkan 14 juara muda

Berita Tempatan

Views

14 juara muda kebangsaan telah berjaya dicungkil dalam Kejohanan Peringkat Kebangsaan, Program Pembangunan Bakat Badminton (BTDP) yang berlangsung di Arena Badminton Perak, Ipoh dari 17hb hingga 20hb Oktober. Program usahasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Perodua untuk tahun kedua ini menyaksikan seramai 224 peserta akhir dari seluruh Malaysia bersaing dalam 11 kategori yang dipertandingkan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, program yang dilancarkan pada Februari 2018 itu bertujuan mencari dan mencungkil bakat badminton Malaysia masa hadapan di kalangan murid-murid sekolah rendah.

Seperti tahun pertama, program 2019 bermula pada bulan Mac dengan 140 jurulatih melatih 2,800 murid-murid sekolah rendah di 70 pusat pembangunan badminton yang dikenal pasti di seluruh negara. Hanya lapan kategori dipertandingkan tahun lalu, melibatkan atlet murid berumur 9 hingga 11 tahun.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Namun, tahun ini, BTDP memperkenalkan atlet murid berumur 12 tahun – terdiri daripada peserta 11 tahun dari tahun lepas – menerusi tiga kategori tambahan iaitu Perseorangan Lelaki, Perseorangan Perempuan dan buat kali pertama, Beregu Campuran.

Atlet-atlet murid ini telah melalui kejohanan di peringkat pusat dan negeri/wilayah persekutuan untuk sampai ke peringkat kebangsaan. BTDP tidak hanya melihat keupayaan atlet murid di gelanggang sahaja, bahkan menerapkan nilai-nilai positif seperti hormat-menghormati, disiplin, tekad, semangat kesukanan, ketepatan masa, rendah diri serta penjagaan kebersihan diri dan persekitaran.

Kata Datuk Zainal, ada di kalangan anak-anak ini yang tidak berasal daripada keluarga berada, malah ada yang tidak pernah menyentuh raket badminton sebelum ini. Perodua amat berbangga dapat bekerjasama dengan KPM untuk mengubah kehidupan anak-anak ini.

Mereka telah diberi peluang untuk mewakili sekolah dan negeri, dan tidak lama lagi, negara seperti tahun lepas, Perodua berhasrat membawa juara-juara muda ini ke Tokyo pada awal tahun hadapan untuk bersaing dengan juara-juara muda Jepun dan Indonesia di Kejohanan Badminton Junior 3 Negara yang dianjurkan oleh Daihatsu Motor Company of Japan.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Tambah beliau, Perodua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua atlet murid kerana menyertai BTDP 2019. Keyakinan, kemahiran dan potensi mereka memang jelas kelihatan. Perodua dan seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dan yakin bahawa mereka semua dapat meraih kejayaan pada masa-masa akan datang.

Berikut adalah senarai nama pemenang mengikut kategori:

Juara Kebangsaan

Program Pembangunan Bakat Badminton KPM-Perodua 2019

KategoriPemenang
Perseorangan Lelaki

9 tahun

Marcus Hang Yug Hwei (Pahang)
Perseorangan Perempuan

9 tahun

Mirza Batrisyia Aghnia Nazri (Pulau Pinang)
Perseorangan Lelaki

10 tahun

Lee Jiet Han (Selangor)
Perseorangan Perempuan

10 tahun

Ong Xin Ru (Kuala Lumpur)
Perseorangan Lelaki

11 tahun

*Lim Boon Le (Pahang)
Perseorangan Perempuan

11 tahun

Chloe Lam Jing Yee (Kuala Lumpur)
Beregu Lelaki

11 tahun

Arshdip Singh a/l Darshan Singh (Selangor)Muhd Razin Aqeef Doni (Selangor)
Beregu Perempuan

11 tahun

Lee Kay Xin (Kuala Lumpur)Teh Xin Ying (Kuala Lumpur)
Perseorangan Lelaki

12 tahun

*Kee Is Qian (Kedah)
Perseorangan Perempuan

12 tahun

*Dania Sofea Zaidi (Johor)
Beregu Campuran

12 tahun

Low Hao Feng

(Kuala Lumpur)

Yap Jing Ning

(Kuala Lumpur)

*Johan buat kali kedua

Anugerah Khas

Program Pembangunan Bakat Badminton KPM-Perodua 2019

Pasukan Terbaik KejohananKuala Lumpur
Kontinjen Negeri/WP TerbaikLabuan
Pengelolaan Terbaik NegeriSarawak
Pusat TerbaikSK Taman Rakyat, Alor Setar

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply