ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program Subsidi Petrol tidak diteruskan

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan, Program Subsidi Petrol (PSP) tidak akan dilaksanakan kerajaan buat masa ini bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat. Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, keputusan itu juga bagi mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi dikenakan terhadap penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, pada 9 Julai 2020 KPDNHEP dan Kementerian Kewangan telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan hala tuju PSP dan memutuskan dua perkara. Pertama, KPDNHEP telah bersetuju tidak melaksanakan PSP dan Kementerian Kewangan akan menyediakan memorandum Jemaah Menteri bagi memuktamadkan PSP tersebut.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Tambahnya, antara sebab ia tidak dilaksanakan adalah bagi mengelak salah faham di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, kerana hanya penduduk Semenanjung sahaja menikmati subsidi bersasar ini.

Selain itu, ia bagi mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi antara Semenanjung, Sabah Sarawak dan Labuan, manakala bagi kelompok M40 mereka hanya akan menikmati potongan harga semasa mengisi petrol di stesen minyak kerana diberikan kad minyak subsidi.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Kata beliau lagi, ini akan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat berkenaan ketelusan dan pemberian subsidi tersebut. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan, Shaharizuirnain Abd. Kadir (PN-Setiu) yang ingin tahu tarikh baharu pelaksanaan PSP setelah ia ditangguhkan oleh Kabinet.

PSP yang dijadualkan bermula Januari 2020 sebelum ini ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kerajaan kemudian. Tambah Rosol lagi, harga petrol RON95 juga masih di bawah paras ditetapkan PSP iaitu sebanyak RM2.08 seliter.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply