ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program vaksinasi barisan hadapan sektor pengangkutan bermula hari ini

Berita Tempatan

Views

Lebih 51,500 barisan hadapan dalam sektor pengangkutan dijadualkan menerima suntikan vaksin secara berfasa bermula hari ini.

Menurut Harian Metro, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pada peringkat pertama hari ini, pemberian vaksin sektor pengangkutan laut atau maritim melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) swasta dikendalikan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, program ini membabitkan 10,000 pelaut, petugas pelabuhan dan kapasiti pengendalian PPV ini adalah 1,000 orang sehari. Syarikat-syarikat pengangkutan yang terbabit dengan program ini akan menanggung secara bersama kos penyediaan PPV.

Tambahnya, LPK juga bertindak sebagai penyelia bagi petugas pelabuhan manakala Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) melalui Jabatan Laut Malaysia (JLM) menyelia bagi pelaut.

vPendekatan ini akan memanfaatkan seramai 18,596 orang atau 53 peratus penyelia dan petugas pelabuhan di wilayah tengah yang layak menerima vaksin bagi fasa pertama ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurutnya, pemberian secara berfasa dilaksanakan dengan fokus kepada pelaut dan petugas pelabuhan di Pelabuhan Klang terlebih dahulu sebelum diteruskan ke wilayah utara, Kuantan, Johor, Sabah serta Sarawak.

Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk memastikan semua yang terbabit dalam pengangkutan darat dan udara akan menerima vaksin dalam tempoh terdekat.

Tambah beliau lagi, program pemberian vaksin sektor pengangkutan udara akan bermula 5 Julai di Bangunan Terminal Utama KLIA manakala bagi sektor pengangkutan darat pula dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wee Ka Siong dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply