ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek kereta nasional baharu – Apa pendapat Pengarang kami?

Views

Bercakap pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia sempena Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-24, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Proton bukan lagi syarikat kereta nasional kerana sebahagian besar saham syarikat tersebut telah dimiliki Geely. Beliau menambah aspirasi kerajaan sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional dengan kerjasama negara serantau.

Buat permulaan projek tersebut mungkin terpaksa mengharapkan rakan asing tetapi lambat laun beliau berharap pekerja tempatan mampu menguasai teknologi yang diguna pakai nanti. Thailand dan Jepun adalah antara negara serantau yang memiliki kepakaran dalam pembuatan kenderaan. Walaubagaimanapun, ada bahagian tertentu kereta yang terlalu mahal untuk dibangunkan dan ia mungkin didapati dari negara lain termasuk Jepun.

Pengarang kami, Shamsul Yunos turut mengulas mengenai perkara tersebut menerusi satu video ringkas yang telah dimuatnaik ke laman Facebook kami semalam. Jom kita dengar apa pandangan beliau menerusi video di atas. Kami juga ada membuat satu undian di laman yang sama dan majoriti pembaca laman web ini tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Apa pun, kita nantikan perkembangan yang selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


  • Projek kenderaan nasional baru perlu menjadi pelopor segment baru seperti… Kereta saiz penuh(sedan/hatchback/estate) dengan jarak roda 3000mm hingga 3300mm…

    SUV saiz penuh dengan jarak roda tidak melebihi 3300mm dan 8 tempat duduk dewasa… Pickup saiz penuh tidak melebihi 5 tan…

    MPV saiz penuh 8 hingga 10 tempat duduk dewasa… Juga van 12 hingga 18 tempat duduk…

    Semua segments disebutkan boleh berkongsi platform dan enjin yang sama bagi menjimatkan kos pembangunan.. Selain tidak menganggu segment pasaran p1 & p2..

    Segment perdagangan boleh bangunkan Lori 1 tan hingga 5 tan… Juga bus mini 20 hingga 26 tempat duduk.. Lori dan bus boleh berkongsi platform & enjin bagi menjimatkan kos…

    Kita ada keupayaan, kemampuan dan kemahiran tinggi untuk merialisasikan projek ini… Tapi sayangnya perkhidmatan kita masih jauh ketinggalan, jauh jika dibandingkan negara maju.. Perkhimatan dari mula pelaburan sehingga selepas jualan… Revolusi & transfomasi perkhidmatan kepada lebih baik bagi menjayakan projek baru ini…

    P/s integrity dan anti fitnah perlu bagi menjayakan projek ini


    • Ya. Jgn kacau market p1 & p2. P3 tu klu boleh pasang keta kebal sekali. Semua jentera berat. Klu rugi jgn bailout.. kerajaan jgn jamin.

Leave a Reply