ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek kereta terbang kantoi guna RM20 juta dana awam – PAC gesa audit dibuat

Berita Tempatan

Views

Isu kereta terbang nampaknya semakin panas setelah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa pihak berkuasa mengaudit pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan ke syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (Aerodyne).

Sinar Harian melaporkan, menerusi laporan PAC berkaitan projek kereta terbang, jawatankuasa itu memaklumkan syarikat tersebut merupakan sebuah firma swasta yang dikaitkan dengan projek berkenaan. Menurut mereka, dana itu disalurkan kepada Aerodyne melalui syarikat dikenali sebagai VentureTech Sdn Bhd (VentureTech), sebuah anak syarikat Malaysian Industry-Government Group for High Technology (Might) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Walaupun menteri terbabit berkata projek kereta terbang adalah sebuah inisiatif swasta dan tidak menggunakan dana kerajaan, PAC mendapati Might melalui VentureTech meluluskan pelaburan sebanyak RM20 juta kepada Aerodyne.

Laporan berkenaan menyebut, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengesahkan wang tersebut disalurkan dari VentureTech kepada Aerodyne pada 1 November 2019. Desakan itu adalah salah satu daripada enam syor yang dikemukakan PAC dalam laporan mereka berhubung projek kereta terbang yang didedahkan hari ini.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Menteri yang dimaksudkan dalam laporan itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang sinonim dengan projek ‘kereta terbang’. Sebelum ini Mohd Redzuan memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa tiada wang rakyat dilibatkan dalam projek berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, Ahli Lembaga Pengarah VentureTech meluluskan pelaburan RM20 juta itu bagi membangunkan pusat pemprosesan data di Cyberjaya, pusat penyelidikan dan pembangunan serta ‘perbelanjaan lain ‘termasuk membeli beberapa dron.

PAC turut menyarankan agar perbelanjaan VentureTech dipantau dengan lebih teliti bagi memastikan pelaburan itu hanya digunakan hanya untuk tujuan yang diluluskan. Selain itu, PAC juga mencadangkan agar pihak kementerian terbabit membuat kajian dan perancangan teliti sebelum menghebahkan sesuatu projek supaya ia tidak memberi persepsi negatif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply