ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek rintis IMBRT akan bermula 8 April selama 3 bulan

Berita Tempatan

Views

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) semalam mengumumkan projek Bas Alihan Cepat Iskandar Malaysia (IMBRT) kini memasuki fasa seterusnya melibatkan program ujian rintis selama tiga bulan. Menurut Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, ujian rintis itu akan melibatkan penyertaan sembilan pembekal bas bagi pelaksanaan demonstrasi teknologi bas hijau terkini meliputi elektrik dan biodiesel.

Beliau berkata, ia akan dijalankan oleh IRDA di sepanjang laluan Lebuhraya Sultan Iskandar di antara Horizon Hill dengan Anjung di Medini mulai 8 April. Tambah beliau, para pembekal bas ini akan mengetengahkan bas bersaiz enam meter, 12 meter hingga ke 32 meter.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Satu kajian juga akan dilaksanakan oleh Institut Pengangkutan Malaysia untuk menilai prestasi sistem alihan cepat automatik, terutama melibatkan keupayaan belok, mudah dikendalikan dan pertukaran laluan. Bas-bas bersaiz enam meter akan melalui penilaian kebolehlaksanaan laluan penghantar selain jangka hayat bateri (bagi setiap perjalanan) untuk bas elektrik.

Ismail berkata, program itu akan menjadi satu pencapaian penting bagi IMBRT memandangkan projek tersebut dilaksanakan pada tahap maksimum. Infrastruktur pengangkutan awam yang cekap dan bersepadu merupakan pemangkin untuk menarik pelaburan asing dan domestik ke wilayah ini bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Tambah beliau, pihaknya yakin, sistem IMBRT akan mempertingkatkan mobiliti penduduk menerusi penyediaan kesambungan dan akses menyeluruh di Iskandar Malaysia. IMBRT yang disasarkan sebagai tunjang pengangkutan awam di Iskandar Malaysia bermatlamat untuk memperluas liputan pengangkutan awam di wilayah itu, daripada 39 peratus kepada 90 peratus selain meningkatkan bahagian mod pengangkutan awam daripada 15 peratus kepada 40 peratus menjelang 2025.

IMBRT akan menyediakan 55 perkhidmatan penghantar dan 44 perkhidmatan terus menjadikan liputan rangkaian keseluruhan seluas 2,051 km atau hampir 90 peratus daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia. Laluan utama IMBRT adalah sepanjang 54.92 km melalui Skudai, Tebrau, dan Iskandar Puteri. Projek itu merangkumi 33 stesen dengan satu hab di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Laluan Skudai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply