ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?

Berita Tempatan

Views

Mungkin ini berita gembira kepada para peminat kapcai, terutama yang masih berharap dengan projek super moped Modenas. Meskipun pada bulan April tahun lalu, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar mengesahkan yang projek itu tidak dapat diteruskan disebabkan oleh kos pelaburan yang sangat tinggi dan tidak berbaloi untuk dipasarkan, nampaknya masih ada sinar di hujung terowong.

Kebetulan pula pada bulan yang sama juga, Modenas telah mengumumkan penjualan sahamnya kepada Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI) sebanyak 30 peratus. Namun, menurut rakan media kami Pandulaju.com.my, dikhabarkan projek super moped Modenas yang terbengkalai itu bakal disambung semula secara usahasama Modenas-Kawasaki dengan kos pembangunan yang dikatakan mencecah RM20 juta.

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

Jika dilihat kepada nilai pelaburan sebanyak RM20 juta itu bukanlah satu jumlah yang kecil. Tambahan pula kebanyakan negara di dunia tidak memiliki pasaran kapcai yang besar. Malah di rantau Asia Tenggara, hanya Malaysia dan Vietnam sahaja yang memiliki pasaran kapcai yang terbesar, manakala negara-negara jiran yang lain telah beralih kepada skuter dan sportbike aras mula.

Kami tidak pasti enjin manakah yang bakal disumbatkan ke super moped itu, kerana mengikut perancangan asal enjinnya telah dibangunkan sendiri oleh pasukan jurutera Modenas yang berkelana hampir tiga tahun di Universiti Graz, Austria. Dikhabarkan pula, ada dua varian enjin telah dibangunkan iaitu 150cc dan 175cc.



JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Kami berpendapat masih ada harapan hasil titik peluh pasukan jurutera Modenas tidak disia-siakan begitu sahaja jika Kawasaki merestuinya. Namun segalanya bergantung kepada keputusan pengeluar jentera dua roda dari Jepun itu, memandangkan mereka semestinya mempunyai pelbagai pilihan enjin sedia ada yang telah digunakan pada pelbagai segmen motosikal berbeza.

Buat masa ini masih belum ada maklumat lanjut mengenai jangkaan bilakah model super moped Modenas akan berada di pasaran. Mungkin ia tidak mengambil masa yang lama memandangkan pembangunan model tersebut sudah hampir selesai sebelum ia dihentikan.

Prototaip super moped itu juga pernah dikesan sebelum ini dan Modenas hanya perlu melakukan beberapa perubahan pada reka bentuk dan spesifikasi agar ia relevan semasa dilancarkan kelak. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply