ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi bulan April – Haval bagi rebat RM3,000 dengan insurans percuma untuk model H1 dan H2

Views

Go Auto Sales Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Haval di Malaysia mengumumkan promosi bulan April yang menawarkan rebat tunai sehingga RM3,000 dengan insurans percuma bagi pelanggan baharu dan sedia ada yang berminat untuk membeli SUV model H1 dan H2 baharu. Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto berkata, promosi ini adalah usaha berterusan syarikat untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki SUV dengan harga yang berpatutan dan kompetitif.

Selain dari promosi semasa, Haval Malaysia bakal melakukan jerayawara (roadshow) seluruh negara di pusat membeli-belah dan lokasi lain supaya lebih dekat kepada umum. Jerayawara Haval bakal bermula di AEON Mall Shah Alam bermula 24 hingga 29 April 2018 dengan pelbagai aktiviti dan promosi kepada para pengunjung. Lokasi seterusnya pula akan diadakan di Utara, Selatan, Pantai Timur dan Wilayah Timur Malaysia yang tarikhnya bakal diumumkan kelak.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 03-5569 7332 atau emel ke [email protected]. Selain itu pelanggan boleh melayari laman sesawang www.haval.my atau laman Facebook rasmi www.facebook.com/havalmy atau Instagram www.instagram.com/havalmy.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply