Sempena ketibaan musim Raya, myTukar menawarkan penjimatan lumayan yang bernilai sehingga RM27,000 bagi kereta myTukar Certified. Bukan itu sahaja, para pelanggan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai sehingga RM100,000!
Bagi mereka yang sedang mencari kereta baharu untuk Hari Raya tahun ini, jangan lepaskan peluang untuk merebut diskaun sebanyak RM27,000 bagi kereta myTukar Certified yang terpilih. Kereta myTukar Certified telah menjalani proses perakuan yang teliti.
Ini termasuklah proses pemeriksaan 160-mata yang ketat di mana segala isu melibatkan kenderaan tersebut akan ditangani dan diperbaharui, jaminan 5-hari pulangan wang, waranti 12-bulan untuk enjin dan kotak gear, jaminan tiada gangguan perbatuan dan jaminan tiada kerosakan yang pernah diakibatkan oleh kemalangan yang serius, kebakaran dan banjir.
Selain itu, hadiah yang bernilai sehingga RM100,000 yang ditawarkan termasuklah:
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Cabutan bertuah:
- 5x pakej percutian 6H4M ke Seoul, Korea untuk 2 orang, bernilai
RM11,600 - 11x TV Android 43” berjenama Philips, bernilai RM1,799
Hadiah terjamin (bagi yang terawal):
- 300x kad petrol bernilai RM100 setiap satu
Para pelanggan hanya perlu membeli kereta myTukar Certified untuk berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tersebut. Hadiah berupa kad petrol pula akan diagihkan kepada 300 pelanggan pertama yang membeli kereta myTukar Certified.
Promosi #MenangfulRaya ini dibuka kepada semua pelanggan yang membeli kereta mereka secara dalam talian di mytukar.com dan di cawangan-cawangan myTukar (tertakluk kepada terma dan syarat). Berikut adalah senarai cawangan myTukar dan waktu operasi (9 pagi hingga 8:30 malam):
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Zon Tengah
- Pusat Pameran dan Servis Kereta Puchong South
- Pusat Pameran Kereta Glenmarie
- Pusat Pameran Kereta Mid Valley
- Pusat Pameran Kereta One Utama
Zon Selatan
- Pusat Khidmat Runcit dan Pusat Servis Seremban
- Pusat Pameran dan Servis Kereta Skudai
- Pusat Pameran dan Servis Kereta Plentong
- Pusat Pameran Kereta Melaka
Zon Utara
- Pusat Pameran Kereta Juru Autocity
- Pusat Pameran Kereta Ipoh
Di samping promosi hebat #MenangfulRaya ini, para pelanggan yang ingin servis kereta mereka juga boleh menikmati:
- Diskaun 30 peratus untuk khidmat cat semburan bagi seluruh kereta, bersama dengan khidmat penyalutan lampu hadapan dan semburan bagi kesemua rim secara percuma yang bernilai RM800.
- Diskaun 50 peratus bagi khidmat penjajaran dan pengimbangan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI