ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi menarik dari Toyota untuk bulan Mac

Views

Walaupun musim perayaan Tahun Baru Cina sudah berakhir, Toyota masih meneruskan promosi istimewa sepanjang bulan Mac dengan penjimatan sehingga RM15,000 (tertakluk kepada model terpilih) melalui pembelian kenderaan baharu Toyota, selain tawaran aksesori secara percuma.

Pada 17 & 18 dan 24 & 25 Mac, kunjungi bilik pameran Toyota yang berhampiran dan sertai Toyota Weekender bersama rakan-rakan dan ahli keluarga untuk mendapatkan tawaran terbaru. “Get Fun, Get Bolder” dengan Toyota Avanza 1.5X baharu. Pelanggan juga boleh memilih rebat tunai RM1,000 atau menaik taraf tayar dan rim bernilai RM3,062 secara percuma.

Antara model yang terlibat di dalam promosi serta tawaran istimewa ini adalah seperti berikut (sah sehingga 31 Mac 2018):

ModelPromosi rebat tunai
ViosRebat tunai sehingga RM3,500 + aksesori percuma (bernilai sehingga RM4,100) + Pakej Penyelenggaran Pra-bayar (bernilai RM2,125)
CamryRebat tunai RM3,000 + Body Coasting (bernilai RM2,700) atau aksesori percuma (bernilai RM2,500)
Avanza XRebat tunai RM1,000 atau aksesori tambahan (bernilai RM3,062)
HiluxRebat tunai RM1,000 + aksesori percuma (bernilai RM3,485)
FortunerRebat tunai RM1,000 + aksesori percuma (bernilai RM2,500)
InnovaRebat tunai RM2,000 + servis percuma (bernilai RM1,000)

(Semua tawaran adalah bagi varian-varian terpilih serta tertakluk kepada terma dan syarat sementara stok masih ada).

Bantuan pembiayaan juga disediakan menerusi perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota “2-Tier Plan” yang menawarkan bayaran ansuran bulanan lebih rendah bagi graduan, serta pelan pembiayaan “Toyota Drive”, yang pertama seumpananya disediakan yang membolehkan pelanggan jimat lebih banyak.

Semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Toyota Hilux, dengan maksimum perbatuan 150,000km). Waranti juga boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya tertakluk kepada terma dan syarat. Kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota dan pandu uji model-model yang disediakan. Layari juga toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply