ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi Selepas Jualan Raya Ford tawar penjimatan sehingga 20 peratus

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini mengumumkan promosi Selepas Jualan Raya bermula 15 April sehingga 31 Mei 2022.

Pelanggan yang menempah slot servis semasa tempoh kempen akan menikmati diskaun sehingga 20 peratus untuk minyak pelincir, pakej pemasa dan brek, selain potongan 10 peratus untuk kos upah.

Mereka juga boleh berjimat sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih. Tawaran lain termasuk perkhidmatan tambahan seperti penjajaran dan pengimbangan, servis asas penyaman udara, menggilap dan sanitasi.

Pelanggan yang berbelanja sejumlah RM1,000 dan ke atas untuk mana-mana tawaran kempen Raya dan servis terpilih lain akan menerima beg sukan eksklusif secara percuma.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Semua pemilik Ford juga boleh melakukan pemeriksaan kenderaan 27-titik percuma yang dilakukan oleh juruteknik bertauliah Ford manakala semua pelanggan servis akan diberikan paket Raya Ford.

Para pelanggan tidak perlu risau dengan standard kualiti, pemasangan dan kemasan terbaik kerana Alat Ganti Tulen Ford direka khusus bagi memastikan prestasi yang unggul.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan jaminan selama 12 bulan atau 20,000km, yang mana terdahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

Semua Pusat Servis Berdaftar Ford juga memiliki kakitangan dan juruteknik serta dilengkapi dengan peralatan diagnostik yang diperakui oleh Ford.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Pemilik trak pikap Ranger pula boleh mendapatkan Pelan Waranti Lanjutan PremiumCare Ford dan menikmati perlindungan tambahan selama dua tahun terhadap kos pembaikan tidak diduga selepas tempoh waranti standard selama lima tahun tamat.

Selain itu, pemilik Ranger boleh menikmati tawaran pakej aksesori empat dalam satu berharga RM1,628 dan sesuaikan kenderaan mereka mengikuti citarasa sendiri. Mereka juga boleh membeli aksesori secara berasingan.

Pelanggan boleh menempah janji temu servis secara dalam talian dan memilih mana-mana Pusat Servis Berdaftar Ford di laman sesawang Ford pada bila-bila masa.

Lima pusat servis berdaftar di seluruh negara iaitu, Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya, Ford Juru, Ford Butterworth dan Ford Kuching, kini mempunyai pilihan tempahan temu janji e-servis masa nyata. Untuk membuat tempahan dalam talian, klik pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply