ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proses rintis teksi-motosikal bakal bermula Januari 2020, akan dikawal selia kerajaan

Berita Tempatan

Views

Dalam mesyuarat pada 1 November lalu, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya syarikat perniagaan pengantaraan yang menyediakan khidmat kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan menggunakan motosikal (teksi-motosikal) dikawal selia.

Astro Awani sebentar tadi melaporkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan tersebut akan dikawal melalui kaedah atau peraturan pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Ujar beliau, perkhidmatan tersebut akan dikenakan syarat-syarat yang setara seperti mana telah ditetapkan ke atas perkhidmatan e-seru iaitu merangkumi syarat-syarat ke atas syarikat perniagaan pengantaraan, pemandu, pengoperasian perkhidmatan dan kenderaan.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Beliau berkata, tujuan utama kerajaan membenarkan perkhidmatan teksi-motosikal ini adalah sebagai satu kaedah untuk meningkatkan tahap liputan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Perkhidmatan ini akan menjadi salah satu komponen penting dalam usaha kerajaan menyediakan satu sistem pengangkutan awam yang menyeluruh kerana ia akan menjadi satu perkhidmatan penghubung dalam fasa ‘first and last mile connectivity‘.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang bertanya bilakah projek perintis perkhidmatan teksi-motosikal seperti Dego Ride dan Gojek akan dimulakan. Selain itu, beliau juga mahu tahu sama ada kerangka perundangan berkenaan telah siap dirangka.

Tambah Loke, bagi mengawal selia perkhidmatan tersebut, Kementerian Pengangkutan ketika ini dalam proses membangunkan rangka perundangan dan syarat-syarat perkhidmatan teksi-motosikal. Katanya, kerajaan telah bersetuju supaya syarikat yang berminat menyediakan perkhidmatan teksi-motosikal ini dibenarkan melaksanakan proses rintis atau Proof of Concept (POC). terlebih dahulu, memandangkan proses pindaan undang-undang akan mengambil masa.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Tambahnya, sepanjang tempoh POC ini, syarikat berkenaan boleh membuat persiapan dan pengujian pelaksanaan perkhidmatan teksi-motosikal. POC ini juga akan turut membolehkan pihak kerajaan dan syarikat untuk mengumpul data, menilai tahap permintaan, menilai tahap penerimaan dan lain-lain keperluan operasi berhubung perkhidmatan ini.

Kementerian Pengangkutan pula akan menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat pengendali dalam melaksanakan proses POC ini bagi tujuan keselamatan dan penyeragaman. Jelasnya, POC tersebut akan bermula pada Januari 2020 dengan tempoh yang ditetapkan selama enam bulan.

Malah, katanya, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Pengangkutan Jalan sedang memperincikan semua peraturan dan tatacara serta semua persiapan di peringkat pentadbiran berkaitan pelaksanaan POC ini.

Berikut adalah antara syarat pelaksanaan Proses Rintis (POC) teksi-motosikal:

  • Lokasi hanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; kawasan lain dipertimbang jika ada permohonan;
  • Penunggang hendaklah mempunyai lesen memandu penuh dan berumur tidak kurang 18 tahun;
  • Hanya satu penumpang dibenarkan dibawa pada satu-satu masa, umur penumpang tidak kurang 18 tahun;
  • Hendaklah menggunakan tanda pakaian dan tanda di motosikal yang jelas; dan
  • Hendaklah mematuhi semua peraturan jalan raya sepenuhnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply