ARKIB

KATEGORI

Tular

Protes sebab kematian rakan, askar Rusia nekad langgar kolonelnya dengan kereta kebal

Tular

Views

Sebuah kereta kebal yang dipandu oleh seorang askar Rusia melanggar kolonelnya sendiri sebagai protes terhadap perang di Ukraine baru-baru ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Sinar Harian melaporkan, menurut seorang wartawan Ukraine, Roman Tsimbalyuk di Facebook, askar Rusia itu menyalahkan komander tenteranya, Kolonel YurI Medvedev berikutan kematian rakan-rakannya.

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kaki kolonelnya cedera, menurut kenyataan Tsimbalyuk seperti dilaporkan oleh Daily Beast.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Ketika kejadian, kolonel itu berdiri berhampiran dengan kereta kebal tersebut. Tambah Tsimbalyuk, Medvedev kini berada di sebuah hospital di Belarus menunggu pampasan wang kerana mengalami kecedaraan semasa operasi ketenteraan khas untuk melindungi Donbass di Ukraine,

Imej yang disiarkan oleh pemimpin Chechen dan sekutu Presiden Rusia, Vladimir Putin iaitu Ramzan Kadyrov menunjukkan Medvedev dihantar ke sebuah hospital.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply