ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton 1 Tank Adventure di Sarawak – Proton Iriz catat keputusan terbaik

Berita Tempatan

Views

Cabaran pusingan ketiga dan terakhir Proton 1 Tank Adventure yang berlangsung di Sarawak telah berakhir hujung minggu lalu. Walaupun laluan kali ini adalah yang paling singkat berbanding pusingan lain, namun para peserta tetap perlu mengharungi perjalanan sejauh 450km dari Kuching menuju ke Damai.

Keadaan jalan yang mencabar, lalu lintas yang sesak dan hujan lebat menjadikan cabaran lebih sukar bagi semua peserta di samping mereka juga turut perlu membawa kereta menaiki feri merentasi sungai. Sama seperti pusingan-pusingan sebelum ini, para peserta 1 Tank Adventure di Sarawak turut memandu Proton Iriz, Persona dan Saga.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Laluan dari Kuching turut mempunyai pemandangan yang indah dari Warisan Dunia UNESCO sehinggalah hutan asli di situ. Pada hari pertama cabaran, aktiviti pemanduan dinamik diadakan di Stadium Sarawak dan berakhir di Kampung Budaya Sarawak, terletak di kaki bukit Gunung Santubong di Pantai Damai.

Hari kedua, aktiviti menumpukan lebih kepada pemanduan di atas jalan raya iaitu kira-kira 320km. Semua kereta berjaya sampai dengan selamat ke titik penamat dengan hampir semua peserta menggunakan kurang daripada 30 liter bahan api selama dua hari.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Berikut adalah keputusan terbaik yang dicapai, disahkan oleh pemerhati dari Festival Speed Malaysia (MSF):

  • Proton Persona – 5.90L/100km (Peserta awam)
  • Proton Saga – 5.74L/100km (Peserta media)
  • Proton Iriz – 5.49L/100km (Peserta awam)

Aktiviti Pemanduan Dinamik telah membuka mata hampir kesemua peserta kerana hanya beberapa di antara mereka yang menyedari kemampuan dinamik yang terdapat pada model Proton milik mereka. Salah seorang peserta, Hazimi bin Madini, pemilik Suprima S yang membeli Iriz 2019 untuk isterinya berkata, beliau kagum dengan kecekapan bahan api, reka bentuk, kestabilan dan ciri-ciri yang ada pada kereta baharunya itu.

Mengulas mengenai kejayaan pusingan akhir Proton 1 Tank Adventure, Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, ini adalah kali pertama Proton mengadakan cabaran ini di Sarawak dan mereka amat menghargai sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan di sana. Tambahnya, melalui cabaran ini, lebih ramai rakyat Malaysia mendapati betapa cekapnya sebuah kereta Proton di samping mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kualiti lain yang telah menjadi tarikan pada semua rangkaian model keluarannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply