ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton ada nilai jenama yang tinggi – Ryan Lai

Views

Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, Ryan Lai, 35 dari Nilai, Negeri Sembilan tetap mempunyai keyakinan bahawa Proton akan kembali berada di atas. Ryan meninggalkan jawatannya sebagai jurutera bersama syarikat teknologi terkemuka Korea untuk menyertai perniagaan keluarganya, yang merupakan pusat servis Proton di bawah EON pada tahun 2004.

“Perniagaan agak merudum pada masa itu, kami hanya membaiki kira-kira 60 buah kereta sebulan dan ayah saya hampir berputus asa dan mahu menjual pusat servisnya,” katanya di Pusat Kecemerlangan Proton. Ryan meluangkan masanya mengenal pasti kelemahan pusat servis mereka, dan memutuskan untuk berhenti kerja pada tahun 2007 dan menumpukan perhatian untuk menaikkan perniagaan tersebut.

“Saya dapati tidak ada apa-apa masalah dengan jenama Proton tetapi pusat perkhidmatan itu sendiri yang memerlukan perubahan dari dalam,” jelasnya.”Apa yang saya lakukan adalah memperkenalkan dengan segera dasar bagi sumber manusia dan pentadbiran. Kami memastikan juruteknik mematuhi segala dasar yang telah ditetapkan. Disiplin dan kualiti kerja menjadi undang-undang baharu.”

BACA >> Bayangan Proton Iriz facelift rekaan Gunma Akagi

“Ketika itu, saya dapati kami tidak pernah memenuhi tuntutan jaminan, di mana ini turut menyebabkan kami kehilangan peluang untuk menawarkan khidmat kepada pelanggan. Kami kemudiannya mempelajari proses tuntutan jaminan dan mula menawarkan perkhidmatan tersebut.

Pusat servis LHM One Stop Car yang beroperasi di Nilai kini mempunyai seramai 65 pekerja, 10 daripadanya hanya bertugas di bilik pameran Proton. Pada tahun lepas, pusat servis tersebut telah dinaik taraf daripada 2S kepada 4S dan kini ia mampu membaiki sebanyak 1,300 kereta Proton secara purata bagi setiap bulan dan menerima kunjungan dari pemilik Proton yang berada di Nilai, Sepang, KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.

Baru-baru ini, Ryan turut dijemput oleh Proton untuk melawat pengedar Geely dan Institut Penyelidikan Geely di Shanghai. Pengedar Geely  betul-betul membuka matanya kerana layanan yang sangat baik. Walaupun Geely bukanlah sebuah jenama premium, perkhidmatan yang ditawarkan sama seperti jenama kereta tersebut.

Beliau turut berpeluang memandu uji SUV Geely Boyue, model yang bakal diperkenalkan oleh Proton di Malaysia tahun hadapan. Menurutnya, ia mempunyai rupa dan saiz yang menarik dan kualiti dalamannya benar-benar mengujakan. Papan pemuka, perapi pintu, tempat duduk kulit serta kelengkapan pada Boyue mengingatkannya kepada SUV mewah Jerman yang dimiliki oleh abangnya di Malaysia.

Enjin turbo dan kotak gear automatiknya juga sangat lancar. Ryan menambah, keputusan Proton untuk memberikan tumpuan lebih dalam pemasaran digital adalah terbaik bagi memikat pasaran belia. Proton kini sedang menuju ke arah yang betul dan beliau akan membelanjakan wang serta mempertimbangkan untuk meningkatkan pelaburannya demi jenama Proton.

BACA >> INTIP : MPV Geely VF11 dikesan tanpa sebarang penyamaran, bayangan pengganti Exora makin terserlah

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply