ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bakal hasilkan 60k pelindung muka untuk petugas barisan hadapan

Berita Tempatan

Views

Selepas meminjamkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Proton sekali lagi mengambil bahagian dalam usaha untuk membantu dan menyokong petugas barisan hadapan negara yang sedang berjuang menentang penyebaran wabak COVID-19. Kali ini, Proton akan menghasilkan pelindung muka, iaitu komponen penting Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk pekerja kesihatan.

Operasi pengeluaran dijangka akan bermula pada 13 April di ibu pejabat Proton di Shah Alam di mana peralatan tersebut akan dihasilkan oleh kakitangan syarikat yang melakukannya secara sukarela. Proton menyasarkan untuk menghasilkan sebanyak 60,000 pelindung muka dengan tempoh selama kira-kira 20 hari.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, sebagai sebuah jenama automotif kebangsaan, syarikat sedia membantu negara dan rakyat Malaysia sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan.

Dengan kepakaran untuk menghasilkan kereta, Proton menggunakan kelebihan tersebut untuk menghasilkan peralatan PPE dalam usaha menyokong wira-wira barisan hadapan negara dalam membendung penyebaran COVID-19.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Tambah beliau, pelindung muka yang dihasilkan akan dihantar secara berperingkat dan Proton akan bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian untuk mengedarkan peralatan tersebut mengikut tahap keperluan di setiap daerah.

Mengikut kepada peraturan yang ditetapkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Proton telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk membenarkan sekumpulan kecil kakitangannya bekerja bagi menghasilkan pelindung muka tersebut di Shah Alam.

Pergerakan dan waktu kerja mereka akan dipantau untuk memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan. Kata Radzaif lagi, pihaknya telah mengehadkan bilangan kakitangan yang terlibat dalam proses pengeluaran tersebut bagi mematuhi peraturan PKP. Selain itu, mereka akan mengamalkan penjarakan sosial dan melakukan sanitasi setiap masa di kawasan pengeluaran peralatan tersebut,.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply