ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bakal perkenal dua model baharu rekaan anak tempatan selepas X50 – Li Chunrong

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang sudah pastinya dinanti-nantikan oleh peminat automotif tempatan khususnya jenama Proton! Astro Awani melaporkan, Proton bakal mengeluarkan dua model baharu dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun dan menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong, ia akan dibangunkan sepenuhnya menggunakan kepakaran tempatan.

Tambah beliau, dua model itu bakal menjadi pengeluaran pertama menggunakan kepakaran Proton sepenuhnya selepas jenama itu diambilalih oleh syarikat Geely. Kedua-dua model itu dijangka mula dibangunkan tenaga pakar Proton selepas jenama itu melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak yang amat dinantikan X50 tidak lama lagi.

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

Kata Dr Li, pihaknya kini sedang berbincang untuk pembangunan (model baharu) oleh pakar Proton, bukan hanya satu model tetapi dua model secara bersama. Beliau berkata demikian ketika sesi temubual eksklusif oleh Agenda AWANI hari ini.

Rakaman temubual berkenaan akan ditayangkan di Astro AWANI (saluran 501) pada jam 9 malam ini. Sejak pengambilalihan Geely, Proton mengeluarkan model X70 yang dibangunkan model yang berasaskan model SUV, Geely Bo Yue.

JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!

Kata beliau, SUV merupakan pengubah dalam pasaran, sama seperti lima tahun lalu di China, SUV dikeluarkan dan sehingga kini ia mencapai 50 peratus (model SUV). Tambahnya, model seterusnya adalah SUV dan meskipun di Malaysia segmen sedan mempunyai pasaran besar, namun beliau percaya ia akan berubah terutama apabila mereka melancarkan model SUV baharu tidak lama lagi.

Dr Li pada masa sama yakin jualan model Proton akan terus meningkat meskipun pendapatan boleh guna isi rumah Malaysia terjejas akibat penularan COVID-19. Malah angka jualan Proton sehingga Ogos lalu menunjukan pertumbuhan positif. Ujar beliau lagi, pihaknya yakin angka jualan tahun ini akan melepasi angka jualan tahun lepas. Untuk rekod, Proton menjual sebanyak 100,821 unit kenderaan pada 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply