Proton telah melancarkan program ‘PROTON We-Care Prihatin Banjir’ untuk membantu mangsa banjir yang mengalami kerosakan kenderaan mereka akibat bencana tersebut. Program telah pun bermula dan bakal berakhir 15 Februari 2014.
Program ini menawarkan pemeriksaan percuma dan penilaian kerosakan kepada pemilik kereta Proton dan diskaun 20% untuk keseluruhan invois pembelian Alat Ganti Tulen Proton. Pemilik kenderaan perlu membuat laporan polis mengenai kerosakan kereta mereka sebelum membuat pemeriksaan.
Pelanggan yang ingin belajar cara untuk mengendalikan kereta Proton mereka semasa berlaku banjir juga dialu-alukan ke pusat servis Proton yang bertauliah untuk berbincang dengan kakitangan Proton untuk bantuan. Untuk khidmat tunda dan lain-lain pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi PROTON We-Care Centre di talian 1800 – 888 – 398 untuk bantuan kerosakan 24-jam.
TIPS UNTUK MENGENDALIKAN KERETA YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR
1. Jangan hidupkan enjin.
2. Jangan gunakan alat kawalan untuk membuka pintu kereta, gunakan cara manual.
3. Pastikan anda mengalihkan terminal negatif bateri kereta untuk menghentikan aliran elektrik dalam kereta.
4. Kesemua 3 langkah di atas adalah untuk mengurangkan kerosakan kelengkapan, terutama sekali yang melibatkan komponen elektrikal dan mekanikal.
5. Jika langkah tersebut telah diambil, sebahagian kelengkapan dapat diselamatkan.
6. Selepas menutup aliran elektrik kereta anda, alihkan barangan berharga dalam kereta, kunci pintu secara manual dan tunda kenderaan anda ke pusat servis Proton yang bertauliah.
KOMEN TERKINI