Proton telah berjaya menjual lebih 100,000 unit kenderaan untuk tahun keenam berturut-turut dengan 101,489 unit terjual tahun setakat ini (YTD).
Pada bulan Ogos, pengeluar kereta nasional itu mencatatkan jualan sebanyak 12,690 unit (domestik dan eksport).
Ini bermakna, syarikat itu terus mengukuhkan kedudukan keduanya secara keseluruhan dalam carta keseluruhan jualan automotif nasional dengan bahagian pasaran dianggarkan sebanyak 19 peratus.
Angka jualan Proton X50 semakin kukuh untuk bulan kedua berturut-turut dan jumlah jualan eksport pula telah meningkat dua kali ganda berbanding bulan Julai, didorong oleh jualan di Brunei yang mencatatkan rekod tertinggi.
Jumlah jualan industri (TIV) untuk pasaran automotif Malaysia dianggarkan telah meningkat sebanyak 1.3 peratus bulan ke bulan kepada kira-kira 72,678 unit pada bulan Ogos.
Secara keseluruhan, angka tahun hingga kini (YTD) untuk TIV dianggarkan sebanyak 534,766 unit, bersamaan dengan peningkatan sebanyak 6.2 peratus berbanding tahun 2023.
Proton X50 2024 yang dilancarkan pada 4 Jun lalu telah menampilkan pelbagai penambahbaikan untuk memastikannya kekal di hadapan pesaing SUV segmen-B.
Model yang dikemas kini itu terus mendapat sambutan hangat daripada pembeli dengan 2,440 unit telah diserahkan pada bulan Ogos.
Ini adalah kali ketiga jumlah jualan telah mencecah ambang 2,000 pada tahun 2024. Jualan YTD kini berjumlah 15,229 unit, sekali gus menjadikannya SUV paling popular dalam rangkaian model Proton.
Jualan Proton Saga pula berjaya mencapai 6,211 unit pada Ogos, menjadikan jumlah jualan tahun sehingga kini sebanyak 48,904 unit, meningkat sebanyak 6.7 peratus berbanding YTD tahun lalu.
Untuk model-model Proton yang lain pula, jualan sedan segmen-C, Proton S70 adalah sebanyak 1,205 unit, manakala sedan segmen B, Proton Persona mencatatkan jualan sebanyak 1,452 unit.
Ia menjadikan jumlah jualan sehingga kini sebanyak 13,116 unit. Sementara itu, model hatchback segmen B, Proton Iriz, menambah 403 unit kepada jumlah jualan Ogos, menjadikan jumlah jualan sehingga kini 3,719 unit.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya bersetuju dengan keputusan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk meningkatkan unjuran TIV setahun penuh kepada 765,000 unit berikutan pertumbuhan KDNK yang diunjurkan pada 4 hingga 5 peratus.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Tambah beliau, meskipun terdapat banyak persaingan tahun ini daripada jenama baharu, sambutan pasaran terhadap model kemas kini terbaru iaitu X50 2024 dan X70 2025 adalah positif dengan angka tempahan yang kukuh dilihat di seluruh negara.
Jualan eksport model Proton dilihat semakin meningkat secara stabil apabila syarikat berusaha untuk mengembangkan dan membina semula jenamanya dengan pelbagai model dalam portfolio eksport sedia ada.
Pada bulan Ogos, Brunei mencatatkan prestasi jualan bulanan tertinggi dengan 120 unit terjual kepada pelanggan di negara tersebut.
Sejak Februari tahun ini, model eksport terlaris ialah Proton Saga, yang sekali lagi mendahului kumpulan model lain dengan 140 unit dieksport pada bulan Ogos.
Model-model lain turut mencatatkan peningkatan dalam penghantaran eksport pada bulan Ogos, menjadikan jumlah keseluruhan jualan eksport Proton kepada pengedar sebanyak 2,110 unit sejak Januari tahun ini.
Tambah Roslan Abdullah, Proton amat berterima kasih atas usaha gigih Pad Motors Proton Brunei kerana jenama itu telah mengalami pembaharuan dan mencatatkan rekod jualan bulanan di negara tersebut.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI