ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton buka pusat pameran 3S pertama di Chile

Views

Serentak dengan pelancaran Proton Prevé di Santiago, Chile pada 28 Mei lalu, Proton secara rasmi membuka bilik pameran 3S pertamanya bersama Andes Motor, pengedar eksklusif Proton di Chile. Ia terletak di Irarrazaval, Santiago, 15 minit dari pusat bandar ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Khalid Yusof, Pengarah Transformasi dan Ketua Jualan Antarabangsa Proton.

Turut hadir dalam majlis tersebut Encik Jorge Greene Diaz, Pengurus Besar Andes Motor dan Encik Maximilliano Sfeir, Pengurus Perniagaan Proton; disaksikan oleh YBhg Dato’ Dr. Mohamad Rameez, Duta Malaysia ke Chile.

Pusat 3S ini diuruskan oleh Andes Motor, anak syarikat Kumpulan Kaufmann, pengedar utama bas, lori dan kereta mewah di Chile yang mempunyai rangkaian luas dalam memberikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan.

“Pusat 3S ini adalah penting untuk menyediakan jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik kepada pelanggan kami. Terdapat tiga ruangan servis yang boleh memuatkan 3 sehinga 4 buah kereta di bahagian belakang bilik pameran.” kata Khalid.

Jualan bagi Prevé di Chile disasarkan pada Mei 2016 diikuti dengan Exora dan Saga pada bulan November 2016. Pada masa ini, model yang akan disediakan untuk pasaran Chile adalah Prevé 1.6 MT Standard, Prevé 1.6 Executive MT dan Prevé 1.6 Premium CVT. Proton turut menyerahkan sebuah Exora kepada Kedutaan Malaysia bagi mempromosikan Malaysia di sana.

KLIK UNTUK BESARKAN

Prevé 1 Prevé 2 Prevé 3 Prevé 4 showroom chile

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments


  • teruskan lagi langkah positif utk pasaran eksport. moga lepas ni bole tembus banyak lagi negara Latin.
    jangan terlepas pandang pasaran Asean yang ade potensi juga.


  • harap-harap boleh laku. preve ni bentuknya kemas dan matang. performance pun bagus. bukan macam perdana yg bentuknya ke’ahbeng’an tu.


      • LAPORAN MEDIA HARI INI.. MENAKUTKAN.. PROTON RUGI BESAR LAGI… DALAM TEMPOH SINGKAT!…

        “Kerajaan menegaskan ke­yakinan terhadap Proton untuk terus memainkan peranan penting dalam industri automotif negara sebagai sebuah syarikat yang menggaji kira-kira 12,000 pekerja secara langsung di bawah Proton dan 50,000 di bawah pelbagai syarikat vendor.
        Walau bagaimanapun, DRB-Hicom melihat pendapatannya terjejas oleh Proton pada suku keempat berakhir pada 31 Mac lalu dengan rekod kerugian bersih sebanyak RM790.7 juta.”

        http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/rccps-proton-naikkan-saham-drb-hicom-1.341778#sthash.M8ViS9fD.dpuf

        Fauzan oiii… Proton rugi dekat RM 1 BILLION.. tempoh MAC 2016.. hang dok seronok apa lagi..??

        PROTON akan gagal terus kali ini.. sama ada dijual atau tutup terus jika ‘penyakit barah’ dalam pengurusan dan ‘korupsi dalaman’ tidak di cuci cantas.. org2 ini ‘berkuasa’ mengatur wajah Proton secara dalaman demi HABUAN tertentu. Mereka ini ‘penentu’ yang menyebabkan model2 yang sampai ke end user betul seperti atas kertas RnD atau sebaliknya..

        keluarlah model apa secanggih mana konsep, selagi orang2 ini tidak di hapuskeluarkan dari Proton.. penjanaham2 ini akan jadikan PROTON lubuk ‘kekayaan’.. dan akhirnya Proton tidak dapat diselamatkan lagi.

        Kerugian Proton yang besar tidak berdaya lagi ditanggung olek sesiapa… melainkan dijual atau ditutup. Lakukan lah ‘PEMBERSIHAN’ dalaman segera singkirkan perosak2 ini dulu sebelum PROTON tumbang sepenuhnya..

        rasanya kau tau kot Fauzan..kau kan PENGAMPU tegar,.. 🙂 🙂


        • Mmm… apa yg seronoknya bila prootn kerugian akibat faktor jualan lemah, sentimen pembeli, nilai tukaran wang asing dll. tu ? Sy nampak kat sini ko n kunco2nya yang begitu seronok melihat semua ini berlaku? X gitu? Mengaku sahaja laa…:P Siap suh tutup bagai…:P

          Ko bleh gelar org lain dgn apa sahaja, yg pasti sy beri pandangan, analisis, idea, info bermakna dll. sama2 kita fikirkan untuk manfaat pihak prootn jugek. Bukannya sibuk mengadu domba, sebar fitnah, menghasut org lain supaya terus membenci, pesimis dan negative thinking…. bukan ko la, ko x cengitu kn? org kampung seberang laa..:P

          Apa2 pun , masih ramai rakyat m’sia yg beri sokongan moral sebagaimana rakyat korea n Jepun support produk negara mereka sendiri walaupun ada ketika company mereka ada turun naiknya…

          Cheers!


          • kasihan ayat PENGAMPU besar terkial2 nak ubah persepsi.. nk kate bodoh nt marah pulak..tp itulah appearance sbnrnye dr ko.. sorry to say.

            rata2 kt sini yg komen negative xde la sprti di paultan tu yg mmg kje nk bunuh PROTON.. tp rmai yg ikhls citer pengalaman dan kekecewaan sbnr. tp malangnye PENGAMPU besar mcm ko buat hurdle, spy kunun semua citer2 ti fitnah.

            watak kau ni menyebabkan lagi ramai membenci PROTON..seriously.. sb tu ko masuk je terus komen membina org lain xde.. sb bosan kot tgk character ko MENGAMPU.
            zaman cerdik skrg PENGAMPU dianggap memburukkn lg mslh.

            tktau sape yg hire ko jd puppet PROTON kt sini.
            Kita komen brdasarkan realiti semasa spy ade kesedaran dr bawah utk lihat penyakit PROTON kt mana sbb dh 30 thn bermasalah yg sama. xyh ckp bab model ape nk kuar.. nk ckp apa mslh sbnr org tknk beli PROTON spt yg diunjurkan.

            tp watak PENGAMPU macam ko ni seolah2 reverse action sbrnye utk lebih ramai benci PROTON.. sbb komen defensive ko zero kosong xde facts yg pembeli boleh yakin.. malah membosankan.

            sikit2 main sentimen.. jahanam la watak ko tu utk imej PROTON.

            ‘syabass’ la PROTON.. the licking puppet


  • Saga baru yang akan memasuki pasaran Chile pasti akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana harganya yang berpatutan..
    Exora Varian Super premium, premium Dan executive, pasti akan mendapat sambutan hangat di Chile ‘jika’ harganya lebih murah sedikit(4%-5%) Dari harga di Malaysia..
    Mungkin faktor umur model tersebut atau rating NCAP juga memainkan peranan..
    Khidmat selepas jualan memainkan peranan yang sangat penting untuk kelangsungan jangka panjang Proton di Chile..


  • Model Preve perlu disegarkan semula Dan diberikan facelift baru yang menjurus kepada rekabentuk Perdana. Talaan enjin 1.6L turbonya perlu dipertingkatkan kuasanya kepada 300nm sekurangnya atau 170hp. Manakala rekaan dalaman hanya perlu diperkemaskan dengan kualiti yang terbaik


    • Kuasa yang ada pada 1.6L CFE sudah memadai. Yang penting ketahanan sistem enjin itu sendiri. Tidak lupa juga refinement. CVT yang digunakan sekarang kurang sesuai termasuk menghasilkan bunyi “whinning” yang agak ketara.

      Walaupun preve merupakan kereta yang bagus dari segi spesifikasi, namun ia masih dihantui dengan masalah teknikal. Proton sepatutnya menumpukan kepada penyelesaian masalah tersebut serta hightlight penambahbaikan yang dilakukan kepada salesman agar ia dapat diterangkan kepada pembeli berpotensi. Sekarang ini ada pembeli yang masih ragu-ragu sama ada preve 2016 masih bermasalah seperti preve-preve versi yang awal kerana proton sendiri tidak highlight atau memberi maklumat jelas kepada salesman.

      Preve sepatutnya dioptimumkan oleh proton kerana ia merupakan kereta segmen C yang lengkap dengan spesifikasi terkini. Penambahbaikan teknikal serta menambah baik exterior dan interior akan melonjakkan jualan kereta ini.


    • Model Suprima perlu dikemaskini Dan disegarkan semula. Perkenal Suprima AWD untuk Varian tertingginya, Premium. Kilasan enjin 1.6L nya perlu dipertingkat kepada 350nm+ sekurangnya.
      Pastikan Suprima tersebut menyertai rally Asia Pasifik, APRC (Dan menjuarainya).
      Talaan enjin semestinya beserta penambahbaikan kualiti Dan ketahanan sistem enjin itu sendiri.


      • En.Fauzan dalam perlumbaan rally ada banyak kumpulan kategori, antaranya Group B, Group A, Group R, World Rally Car and Group N Dan lain².
        Setiap kategori kumpulan ada perbezaan sedikit syarat Dan peraturan, antaranya sasaran enjin ataupun segment kereta itu sendiri.
        Antara kereta segment-C rally termasuklah Subaru Impreza, Mitsubishi Lan Evo, Ford Focus RS 2016 Dan banyak lagi.

        Sponsor 2 unit Suprima kepada Welch Motorsport dalam perlumbaan BTCC pun cadangan yang menarik.

Leave a Reply