ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat jualan 14,989 unit kenderaan pada bulan Mac 2021

Berita Tempatan

Views

Proton berjaya mencatatkan jualan sebanyak 14,989 unit (tempatan dan eksport) sepanjang bulan Mac, meningkat 26.2 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan pegangan pasaran dianggarkan mencapai 23.5 peratus. Secara keseluruhan, Proton masih berada di tangga kedua dan untuk suku pertama tahun ini, syarikat mencatat jumlah jualan terkumpul sebanyak 32,826 unit.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Ini merupakan angka tertinggi dalam bahagian pasaran suku tahunan sejak Mac 2012. Dua model SUV Proton terus mencatat peningkatan jualan dengan sebanyak 3,513 unit X50 diserahkan kepada pelanggan manakala X70 pula menunjukkan kenaikan dari bulan ke bulan sebanyak 58.4 peratus kepada 2,337 unit.

Jika digabungkan, sejumlah 5,850 unit SUV telah diserahkan, sekali gus mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 4,820 unit pada bulan lalu. Saga kekal sebagai model terlaris dengan 5,589 unit telah dihantar, serta meningkat sebanyak 32.5 peratus berbanding Februari. Persona, Iriz dan Exora juga mencatatkan angka terbaik mereka untuk tahun ini dan MPV segmen-C itu sekali lagi mengungguli segmennya.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Roslan Abdullah, Ketua Pengawai Eksekutif, Proton Edar berkata, pihaknya menganggarkan TIV melebihi 63,000 unit dan pada bulan lalu Proton telah mencapai angka tertinggi bagi tempoh 90 bulan. Tambahnya, Proton akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran dalam beberapa bulan ini sebelum insentif PENJANA berakhir Jun nanti.

Proton Commerce Sdn Bhd pula telah berjaya mengeluarkan 4,000 pinjaman dalam masa tiga bulan pertama tahun 2021 dengan anggaran sebanyak 1,700 dikeluarkan untuk bulan Mac sahaja. Angka terakhir setara dengan pertumbuhan 122 peratus pada bulan Februari dan secara keseluruhan, pengeluaran untuk suku tahun pertama ini telah meningkat sebanyak 141 peratus berbandingan tahun 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply