ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat jualan 70,991 unit kenderaan pada 2017 – Kualiti naik tiga kali ganda dalam masa dua bulan

Views

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan ekonomi, Proton berjaya menstabilkan jualannya pada tahun 2017 dengan mencatatkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 70,991 unit. Jualan runcit naik sebanyak 2.5 peratus kepada 68,184 unit pada 2017 berbanding 66,513 unit pada 2016. Pertumbuhan yang baik dilihat dari kawasan Pusat, Selatan, Pantai Timur dan Timur Malaysia, di mana masing-masing mencatatkan peningkatan di antara 1 peratus hingga 10 peratus unit yang dijual.

Jumlah keseluruhan walau bagaimanapun terjejas oleh jualan flit yang kurang memberangsangkan dengan jualan 2,807 unit pada 2017 akibat permintaan teksi yang rendah. Saga, Persona dan Ertiga mewakili 80 peratus daripada jumlah jualan kereta Proton bagi 2017. Saga menjadi model terlaris dengan jualan yang melebihi 30,000 unit pada 2017.

Persona pula mencatatkan kenaikan sebanyak 27 peratus dengan 19,510 unit dijual berbanding 15,390 unit tahun 2016. Ertiga turut mendapat penerimaan yang baik dengan jualan sebanyak 6,091 unit pada 2017. Antara sebab yang menjadikan jualan kereta Proton stabil pada 2017 adalah kerana usaha peningkatan kualiti yang agresif bersama rakan kongsi, Geely Auto. Hasil pemeriksaan audit kualiti yang ketat pada kereta Proton dan dalam masa 2 bulan telah berjaya meningkatkan poin kualiti sebanyak tiga kali ganda.

Audit yang dilakukan adalah setanding dengan piawaian antarabangsa kereta-kereta Volvo, yang digunapakai Geely. Menurut Naib Presiden Jualan & Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa, syarikat melihat tahun 2018 dengan lebih positif dan berharap dapat meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik. Tahun ini merupakan tahun kritikal buat Proton kerana ia bakal melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan Rancangan Perniagaan 3 hingga 10 tahun yang baharu. Pelbagai langkah juga telah diambil melalui kempen serta peningkatan kualiti dari segi produk serta perkhidmatan.

Sempena Tahun Baru Cina, Proton mengadakan promosi yang memberi ganjaran kepada pelanggan melalui diskaun* hebat untuk semua model Proton, penjimatan sehingga RM3,500* untuk Saga, RM4,500* untuk Persona, RM5,000* untuk Iriz, RM5,500* untuk Exora dan RM13,888* untuk Perdana. Pemilik Proton juga dijemput untuk melakukan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma di mana-mana pusat servis Proton yang diiktiraf. Promosi ini sah sehingga 31 Januari 2018.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800 888 398 atau emel kepada [email protected]. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau Facebook rasmi Proton di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Pelanggan boleh memuat turun aplikasi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

  

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Hmmm….boleh caye ke.betul la kate org.yg buruk sekali kena org akan ingat sampai bila2. Serik rase. Pakai saga blm 3 thn (beli bulan 11/2010) kereta dh bunyi macam2 setaraf dengan myvi usia 7 thn(beli 09/2008).secara kasar boleh kate kualiti proton kurang separuh dari perodua.sekarang claim kualiti meningkat dlm tempoh 2 bulan.mcm mane nk justify?kena beli & try dulu?ade ke yg sanggup.yg dh terkene mcm sy mmg x sanggup.sy bwk nissan usia 5 tahun jauh lagi senyap dr saga blm.nk kate nissan mahal,mahal sbb requirement goverment je kot.taraf entry level jgk.so..kesimpulan dia..mungkin akan makan masa lagi 10 tahun untuk org yakin dgn proton.org yg beli kereta berkualiti sekarang akan continue dgn proton dan mungkin promote proton utk generasi seterusnya.bertabah la proton.anda layak berada ditempat sekarang.anda yang tak mahu berubah dulu.lambat sedar, lambat la dapat hasil. Sekian. Yg baik dari Allah, yang buruk dari saya. Semoga bermanfaat.


  • Dulu m ada kat proton tu yg mgkin proton x blh brubah 100 percent hrpkan payung dari gov.semua mesti follow apa yg m nak.tu yg merosakan proton .skrg m dah xde.patut bg peluang bg jurutera muda buat keputusan dlm pemilihan dan penghasilan reka bentuk.dan lagi satu proton kena bersifat entiti perniagaan sebenar dan bkn lagi mcm dizaman m lagi.cara perniagaan zaman m sgt merugikan proton.dgn adanya geely blh membimbing proton.proton akan berubah kpd lbh baik dgn usaha sama volvo dan geely insya allah.

Leave a Reply