ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat jualan kenderaan sebanyak 11,411 unit bulan lepas – X50 muncul sebagai SUV segmen-B terlaris!

Berita Tempatan

Views

Menuju ke penghujung 2020, Proton telah berjaya mencatat jualan kenderaan sebanyak 11,411 unit (domestik dan eksport) pada bulan November, meningkat 18 peratus berbanding dengan bulan sama pada tahun 2019. Ini sekaligus menyumbang kepada jumlah jualan sebanyak 96,410 unit pada tahun 2020.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 7.5 peratus berbanding tahun lepas dan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 20.1 peratus. Meskipun jualan bagi model Proton lain menurun sedikit berbanding dengan bulan Oktober, penghantaran model terbaharu, X50 kepada pembeli telah meningkat.

Ia menjadikannya sebagai SUV segmen-B lima tempat duduk terlaris di Malaysia. Dengan jumlah jualan 2,157 unit X70 dalam bulan yang sama, ia mengekalkan kedudukannya sebagai SUV terlaris secara keseluruhan. Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata angka jualan akhir tahun yang memberangsangkan disebabkan oleh tawaran akhir tahun ditambah lagi dengan insentif PENJANA dan pelancaran model baru seperti X50.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Tambah beliau, pihaknya mengakui kadar penghantaran X50 masih belum sampai tahap maksima, namun mereka sentiasa berjaga-jaga untuk memastikan pelanggan menerima produk yang terbaik. Katanya lagi, jumlah kenderaan yang dihasilkan akan meningkat setiap bulan untuk mengurangkan tempoh menunggu dan pada masa yang sama juga berharap agar para pelanggan boleh bersabar.

Untuk 2020, jualan eksport melebihi tahun telah mengatasi tahun sebelumnya meskipun menghadapi sekatan berikutan penularan wabak COVID-19. Roslan berkata, disebabkan prestasi pasaran tempatan telah kembali stabil, pihaknya akan memberi lebih penekanan kepada usaha menjadikan Proton jenama automotif serantau dan global. Tambahnya lagi, komuniti vendor tempatan akan turut menerima manfaat dari inisiatif ini nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply