ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat peningkatan jualan sebanyak 13.6 peratus pada Oktober

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kereta nasional Proton berjaya merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit (domestik + eksport) pada Oktober, meningkat sebanyak 13.6 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) Proton kini telah bertambah kepada 125,557 unit dan syarikat masih meneruskan usaha untuk mencapai pertumbuhan jualan bagi tahun keenam berturut-turut.

Ini membolehkan Proton kekal sebagai jenama kedua paling popular dalam kedudukan jualan automotif negara dengan ramalan bahagian pasaran sebanyak 18.1 peratus untuk bulan tersebut dan angka YTD sebanyak 18.9 peratus untuk keseluruhan 2024.

Jumlah Jualan Industri (TIV) dijangka mencecah 70,668 unit pada akhir November dan merupakan kali kelima ia melangkaui had unit 70,000 unit pada tahun ini.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Berikut adalah jumlah jualan Proton mengikut model pada bulan Oktober 2024:

Model Jumlah Unit Terjual Jumlah Jualan 2024 Pencapaian jualan untuk bulan tersebut
Saga 6,112 60,178 Jualan kedua tertinggi sedan segmen-A
Persona 1,520 15,931 Jualan ketiga tertinggi sedan segmen-B
Iriz 379 4,443 Jualan keempat tertinggi hatchback segmen-B 
X70 989 6,471 Jualan ketiga tertinggi SUV segmen-C
X50 2,122 19,122 Jualan tertinggi SUV segmen-B
X90 245 2,969 Jualan tertinggi SUV segmen-D
S70 1,432 16,200 Jualan tertinggi sedan C-segmen
Jumlah 12,799 125,557 Jumlah jualan keseluruhan kedua tertinggi

Saga muncul model kenderaan ketiga dengan jumlah jualan tertinggi di Malaysia dan baki dua bulan lagi diharapkan agar ia mampu melepasi angka 70,000 unit untuk tahun kedua berturut-turut serta mencapai jumlah jualan sebanyak 72,000 unit tahun ini.

Tiga model Proton yang lain iaitu X50, S70 dan X90 terus mendominasi segmen masing-masing meskipun terdapat banyak pesaing melancarkan produk terbaharu masing-masing tahun ini.

Model-model selebihnya seperti Persona, X70 dan Iriz pula mencatatkan angka jualan yang memuaskan dan terus memberikan saingan sengit dalam segmen masing-masing.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, suku terakhir 2024 akan menjadi tempoh yang mencabar bagi pemain automotif.

Kemasukan jenama dan produk baharu bersama-sama dengan kesungguhan untuk mencapai sasaran jualan sebelum mengakhiri tahun akan membuka pelbagai tawaran untuk pembeli kereta baharu.

Dalam jangka pendek, ini akan menyebabkan TIV melebihi 800,000 unit untuk tahun kedua berturut-turut, namun ini merupakan strategi perniagaan yang kurang mampan bagi jangka panjang kerana akan menjejaskan nilai baki kenderaan.

Tambah beliau, menjelang tahun baharu, syarikat akan membina asas untuk memainkan peranan utama dalam pasaran EV.

Proton e.MAS 7 telah pun dipratonton kepada ribuan bakal pembeli dan bakal dilancarkan pada bulan Disember, dengan 36 pengedar bakal mewakili jenama tersebut.

Dalam masa yang sama, Proton akan terus menawarkan lebih nilai kepada pemilik semasa menerusi kemas kini pengaturcaraan OTA yang meningkatkan pengalaman pengguna dalam semua model pintar keluaran syarikat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply