ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat peningkatan jualan untuk tiga tahun berturut-turut

Berita Tempatan

Views

Proton menutup tirai 2021 dengan menjual sebanyak 14,147 unit kenderaan pada bulan Disember. Jumlah jualan keseluruhan pada tahun lalu juga turut meningkat kepada 114,708 unit (pasaran tempatan + eksport), yang tertinggi sejak 2014.

Ini merupakan pertambahan sebanyak 4.5 peratus berbanding dengan 2020 dan jumlah jualan meningkat bagi tahun ketiga berturut-turut.

Pencapaian ini agak memberangsangkan kerana Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan telah menguncup sebanyak 4.6 peratus kepada 505,000 unit.

Pegangan pasaran Proton pada bulan Disember dianggarkan pada 20.6 peratus, tetapi secara keseluruhan untuk 2021 pegangan pasaran dianggarkan pada 22.7 peratus.

Ini adalah penambahan sebanyak 2.0 peratus berbanding dengan 2020 dan terus mengukuhkan kedudukannya di tangga kedua.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Proton berjaya menjual 45,149 unit SUV tahun lalu, sekali gus merampas gelaran jenama SUV paling laris di Malaysia dengan menyumbang hampir 40 peratus kepada jumlah jualan.

Untuk model X50, sebanyak 28,774 unit telah berjaya dijual, di mana bulan Disember merupakan jumlah jualan bulanan tertinggi, iaitu sebanyak 4,310 unit.

X70 pula mencatat 16,735 unit dengan jualan sebanyak 1,616 unit bagi bulan lepas. Ini membolehkan ia mendahului kelas SUV segmen-C dan menduduki tangga ketiga bagi jualan SUV keseluruhan.

Saga terus menjadi antara sedan segmen-A terlaris dengan jualan sebanyak 42,627 unit, termasuk unit yang dihantar sebagai pek CKD ke luar negara.

Exora telah berjaya dijual sebanyak 554 unit pada bulan Disember, menyumbang kepada jumlah jualan sebanyak 4,035 unit dan mendahului kelas MPV segmen-C.

Persona dan Iriz juga menunjukkan prestasi yang baik pada bulan Disember dengan jualan 2,187 dan 884 unit setelah masalah bekalan cip semakin pulih. Proton turut berjaya mengkesport sebanyak 3,108 unit pada 2021, meningkat sebanyak 100 peratus.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Dengan penambahan aktiviti CKD di luar negara dan kelonggaran sekatan perdagangan, Proton yakin penambahan jualan eksport akan berterusan bagi beberapa tahun lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, tahun 2021 agak sukar bagi industri automotif secara keseluruhan berikutan krisis bekalan cip dan kenaikan kes Covid-19.

Sungguh pun beitu, pihaknya berbangga kerana menerima augerah jenama automotif dengan jualan eksport tertinggi tahun lalu.

Selain daripada jualan, bahagian pembiayaan dan pengedaran di Proton juga cemerlang pada tahun 2021. Proton Commerce meluluskan 14,550 pinjaman pada 2021, rekod baharu yang dicapai setelah 2,132 pinjaman diluluskan pada bulan Disember.

Syarikat ini juga berjaya merampas gelaran syarikat pembiayaan OEM utama dan juga menjadi pilihan paling popular bagi pembeli model Saga. Pada awal 2021, Proton mempunyai 140 pengedar 3S/4S dan jumlahnya kini bertambah kepada 147.

Tambah Roslan lagi, Proton turut mengumumkan bahawa jaminan bagi kotak gear automatik enam-kelajuan yang digunakan oleh X70 CBU kini dilanjutkan kepada lima-tahun, tanpa had perbatuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply