ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton dan Maxis jalin kerjasama bawa rangkaian 5G ke kilang Tanjung Malim

Berita Tempatan

Views

Proton baru-baru ini telah memilih Maxis sebagai rakan kongsinya untuk membawa rangkaian 5G di kilang pengeluarannya di Tanjung Malim, dengan pemasangan rangkaian bermula sejak Oktober lalu.

Perkongsian itu adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan Proton dalam pembangunan Proton City sebagai bandar pintar model melalui alatan dan sistem terkini, serta komitmen Maxis untuk menyampaikan inovasi dan penyelesaian 5G terbaik untuk perusahaan.

Rangkaian 5G Maxis itu nanti akan menguruskan perkhidmatan secara menyeluruh untuk beberapa penyelesaian Internet Pelbagai Benda (IoT) di ibu pejabat pembuatan Proton di Tanjung Malim, Perak.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Antaranya termasuk sistem Keselamatan Pintar untuk menjejak dan memastikan keselamatan model kereta yang dihasilkan dari kilang pengeluaran dan sistem sokongan dan penyelenggaraan Realiti Terimbuh (Augmented Reality) / Realiti Maya (Virtual Reality).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pihaknya akan terus menerokai teknologi yang sedang berkembang dan bersesuaian dengan slogan syarikat, “Inspiring Connections“.

Tambah beliau, penggunaan teknologi 5G adalah satu langkah penting kerana mereka kini aktif dalam teknologi baharu untuk memajukan kepakaran serta memberikan nilai kepada pelanggannya.

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut, pihaknya amat berbangga kerana dipilih sebagai rakan teknologi untuk menyediakan kes penggunaan 5G bagi industri automotif.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Katanya lagi, Maxis komited untuk menawarkan inovasi 5G terbaik melalui kepakaran dan penyelesaian bagi negara Terus Menerajui dalam dunia yang berubah-ubah ini.

Pengenalan teknologi 5G berpotensi untuk merevolusikan industri automotif dan mengubah sektor pengangkutan.

Dalam pembangunan bandar pintar Proton City, inovasi yang dijalankan pada teknologi 5G akhirnya akan memenuhi visi mereka untuk membina Kampus Pembuatan Pintar melalui janji pemindahan data berkelajuan tinggi dan latensi rendah.

5G juga akan membolehkan Proton meneruskan penyelidikan dan pembangunannya dalam teknologi Kenderaan Selular-ke-Semuanya (C-V2X), yang akan membolehkan pembuat kereta itu mereka bentuk dan membina kenderaan swapandu (autonomi) pada masa hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply