ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton dan Rakan Kongsi : Tanpa rakan kongsi Proton mungkin gagal seperti Perwaja?

Views

Artikel oleh Shamsul Yunos

Proton dan Rakan Kongsi: Boleh pakai ke pendapat Tun Mahathir?

Tun Dr Mahathir (TDM) ialah seorang pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas. Sebagai seorang Perdana Menteri beliau telah meletakkan Malaysia pada satu landasan yang memberikan tumpuan padu kepada kemajuan yang diukur dari segi kewangan dan juga pembangunan fizikal dan kita sedang meneruskan usaha tersebut dengan pendekatan masa kini.

Salah satu tiang seri pembangunan ekonomi Malaysia semasa zaman TDM ialah industri keluli. Menurut pengamatan Tun Mahathir, semua kuasa ekonomi besar dunia dibina diatas industri keluli yang kukuh. Seperti yang kita boleh lihat di bawah, China tidak menjadi ekonomi kedua terbesar dunia tanpa industri keluli yang mantap dan begitu juga Brazil, India and Russia.

10 negara pengeluar keluli terbesar di dunia
RankNegaraPenghasilan keluli asas

(Juta tan metrik)

1Republik China803.83
2Jepun105.15
3India89.58
4Amerika Syarikat78.92
5Russia71.11
6Korea Selatan69.73
7Jerman42.68
8Brazil33.25
9Turki31.52
10Ukraine22.93

Pada awal 1980an Malaysia tidak mempunyai industri keluli, sekadar beberapa relau yang digunakan untuk mengitar semula sebahagian kecil dan keluli lusuh yang dijana oleh industry dan pengguna. Fokus terhadap industri kereta dijangka akan meningkatkan permintaan untuk keluli dan dengan itu Proton dilahirkan dengan kembarnya, iaitu syarikat keluli negara yang bergelar Perwaja.

Namun Perwaja gagal membangun akibat pelbagai faktor termasuk kejatuhan harga keluli pada penghujung 1980an, kualiti, kenaikan nilai matawang Yen yang menjadi sumber pinjaman terbesar mereka. Keadaan menjadi bertambah kusut bila rakan kongsi utama, Nippon Steel membuat keputusan untuk menarik diri, ketika itu Perwaja kehilangan nakhoda dan Tun Mahathir melantik Tan Sri Eric Chia untuk menguruskan Perwaja.

Pada awalnya semua kelihatan indah tetapi di bawah keindahan tersebut terdapat pelbagai masalah termasuklah salah urus kewangan yang kronik dan jumlah pengeluaran yang tidak mencapai tahap keuntungan. Eric meletak jawatan apabila Perwaja dikesan kerugian berbillion ringgit dan ianya dijual kepada Maju Holdings yang juga kelihatan dapat memperbaiki keadaan Perwaja tetapi akhirnya ia juga tidak dapat memajukan syarikat tersebut.

Maju Holding menarik Kinsteel untuk menjadi rakan kongsinya, tetapi malangnya kisah yang sama dikitar semula sehinggalah kilang utamanya di Kemaman,Terengganu ditutup pada tahun 2013 kerana tidak membayar Tenaga Nasional and Petronas untuk bekalan tenaga. Usaha untuk mendapatkan pelaburan dari China juga dilaporkan telah gagal beberapa hari lalu kerana pihak yang memberi hutang kepada Perwaja tidak bersetuju dengan cadangan yang diberi dan tanpa kilang, Perwaja tidak dapat menjana pendapatan.

Buat masa kini, kita boleh katakan bahawa Perwaja berada pada keadaan paling teruk atau worst case scenario dan untuk bergerak ke depan pelbagai pihak dijangka terpaksa menanggung kerugian besar. Jika tidak pun Kerajaan terpaksa menyuntik dana untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelabur asing. Sebagai anak Malaysia yang lahir pada awal 1970an, Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri saya, dialah yang membentuk Malaysia pada ketika saya membesar dan memasuki alam dewasa dan ada pelbagai perkara yang dilakukannya yang boleh dipuji tetapi banyak juga yang boleh dikritik.

CNY Proton 2017

Proton dan Perwaja merupakan dua langkah berani yang berpotensi melonjakkan Malaysia ke alam perindustrian dengan pantas namun kini satunya sudah pun boleh dikira  sebagai gagal terus atau complete failure manakala yang satu lagi berada dalam keadaan kritikal. Dalam dunia yang ideal, sememangnya saya mahukan Perwaja dan Proton terus maju dan berada di bawah milik tempatan namun hakikatnya Proton sedang memerlukan suntikan dana yang terlalu besar dan pemilik sekarang DRB-Hicom dijangka tidak dapat terus menyokong kedudukan kewangan Proton sekarang.

Proton berada di kedudukan sekarang kerana ia tidak dapat bersaing dengan pengeluar gergasi lain yang mempunyai keutuhan kewangan dan kekuatan teknologi yang jauh di hadapan kita. Dalam ketika Proton sedang memikirkan soal membayar gaji bulan Mac, syarikat gergasi lain sedang bergelut dengan memikirkan konsep dan permasalahan kereta elektrik tanpa pemandu yang dibina menggunakan gentian karbon (carbon fibre).

Malah gergasi seperti General Motors pun dalam keadaan goyah, begitu juga dengan Fiat-Chrysler dan malah tak lama dulu Volkswagen pun dikatakan bertateh mereng sedikit selepas terkena ledakan Dieselgate. Rakan teknikal asal Proton, Mitsubishi pun sudah ditelan oleh Nissan dan kini ia sebahagian dari Renault-Nissan Alliance.

Menurut sumber industri, tidak ada syarikat yang mengeluarkan kereta di Malaysia yang mampu bersaing di pentas serantau tanpa bantuan kerajaan, apa lagi di pentas dunia kerana kos komponen kita tidak kompetitif dengan Thailand dan Indonesia. Keadaan ini mungkin akan berubah dalam tempoh beberapa tahun kerana Toyota telah melabur RM2 billion untuk kilang baru mereka di Bukit Raja dan kami membaca langkah ini sebagai tanda kepercayaan Toyota bahawa Malaysia boleh menjadi negara pengeluar automotif yang kompetitif sekiranya kita serius.

Jika kita lihat profil produk yang dihasilkan Proton, jelas terdapat beberapa kekurangan besar terutamanya pada segmen MPV dan SUV kompak. Segmen MPV kompak baru diisi dengan model Ertiga yang dikongsi dengan Suzuki tetapi segmen SUV kompak dan SUV masih lagi terlopong. Proton tidak mampu bersaing dengan Perodua pada segmen kompak kerana syarikat dari Sungai Choh tersebut berkongsi dengan Toyota dan Daihatsu yang sememangnya pakar dalam segmen kompak.

proton suv - funtasticko

Foto hiasan hasil rekaan Idiyaz Baharuddin

Proton juga tidak dapat bersaing dengan jenama arus perdana dari Jepun dan Korea kerana kita tidak mempunyai keupayaan kewangan, teknologi dan rekabentuk bagi menerbitkan model yang mampu menggugat produk yang berada di tangga lebih premium. Serangan dari atas dan bawah ini memang menghimpit Proton yang juga masih bertarung dengan persepsi negatif masyarakat tentang kualiti dan juga kemudahan sokongan lepas jualan.

Kegagalan Proton menaikkan angka jualan dengan lebih baik selepas pelancaran empat model penting tahun lalu juga menarik perhatian kita kepada kelemahan yang agak kronik dari segi jualan dan jenama. Proton memerlukan satu loncatan yang besar untuk kekal beroperasi. Kita bukan berbincang soal untuk menjadi jenama global tetapi kita sedang berbincang soal survival.

Kita belum ada ruang untuk bermewah mewah dengan persoalan arah tuju teknologi jangka sederhana dan panjang, kita juga belum cukup kekuatan untuk berfikir tentang perancangan produk jangka panjang. Tun Mahathir tidak lagi memegang tampuk kuasa dan kerajaan hari ini tidak berminat untuk terus memberi wang kepada Proton tetapi mereka lebih berminat untuk mengembangkan seluruh industri, itupun kalau industri itu sendiri adalah kompetitif dan mampu bersaing.

Jika Tun Mahathir masih menjadi Perdana Menteri hari ini, saya tetap berpendapat bahawa Kerajaan tidak patut memberikan tongkat kepada Proton hari ini kerana sudah tiba masanya Proton mencari haluan sendiri. Saya percaya kepayahan yang dilalui Proton mada masa kini bakal menjadi titik tolak penting untuk masa depan mereka. Biarlah DRB-Hicom mencari rakan kongsi terbaik untuk Proton.

DRB-Hicom ialah sebuah syarikat swasta, mereka mementingkan kesinambungan perniagaan dan keuntungan dan sudah tentu mereka tidak akan memilih rakan yang akan menyebabkan Proton terus rugi teruk. Cuma saya nak ingatkan, bila dah dapat rakan kongsi tu nanti eloklah berkerjasama dengan elok elok untuk kebaikan semua dan bukan untuk melindungi kepentingan peribadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

28 Comments


  • Ni pandangan aku sebagai orang awam la. Sebenarnya kita asyik cerita pasal teknologi jauh ke depan la dan sebagainya, sebenarnya teknologi x jauh mana. apa teknologi kereta lain yang jauh sangat tuh?? semuanya hampir sama sahaja selagi pakai engin minyak petrol

    bagi aku sebagai orang awam, proton buat 3 benda ni pun cukup dahh,

    pakai engin baru, buat design lawa, pastu tingkatkan skit kualiti

    3 benda ni diatas ni pun cukup dahh

    ni tidak, engin masih lama, tu orang asyik komplen pasal minyak x habis habis, kualiti x teruk mana, tp kecil kecil yang banyak tu buatkan orang menyampah jugak. Pastu design, jujur cakaplah, proton design lawa TETAPI mesti dari design tu ada yang x kena di mana mana.

    Contohnya design Persona, orang semua dok harap persona nampak SEDAN. Last last persona keluar pakai rangka iris, nampak tinggi pastu kontot, orang yang suka persona sebelum ni pasti rasa macam ralat nak pakai kereta persona sedan baru sebab x terasa macam cukup jantan

    korang nak cakap apa cakaplah, tp hakikatnya jualan yg x memberangsangkan memang menunjukkan kelemahan dalam 3 benda di atas tu.

    sebabnya ramai jer yang masih sokong proton, tp proton still lemah dlm 3 benda yg aku tulis kat atas tuh, jadi macam kecewa skit, padahal x minta banyak pun kat proton, asalkan 3 benda tu ok skit,

    aku bagi contoh

    aku nak beli saga baru, design saga baru nmpk lawa, tp nampak “halus keding” pastu dashboard nampak lama, lemau jadinya

    aku nak beli persona, laaa kembung pastu kontot x nmpk cukup teguh sedan

    Aku nak beli iris, laaa belakang macam x cukup ummphh lah macam myvi

    aku nak beli exora, wow besar, best, tp dashbord perodua alza nmpk moden

    korang jangan ketawa, orang x beli proton sebab hal hal remeh macam ni la


    • 1) Proton mmg develop engine pun dengan ricardo.
      2) Design tu subjective. Ada je orang beli fiat multipla yang hodoh sangat tu.
      3) Quality tu kalau orang sanggup bayar, boleh je proton buat. Proton dah mention pun isu ni. Lotus Europa S tu sepatutnya Proton Ultimate till Proton decide, orang tak sanggup bayar harga tu utk quality.

      Masalah Proton sebenarnya after sales service. Itu fakta even Proton sendiri dah akui. Yg Tuan tulis ni adalah bersifat dan berbunyi peribadi.


      • aku setuju dengan 3 poin bro e-commere tu…semua benda tu mudah nk dikenalpasti tapi susah untuk Proton nak execute, mungkin sebab 1) ilmu tak cukup, 2) duit tak cukup, 3) hati tak ikhlas nak buat kereta…(buat kereta sebab ini projek kerajaan).
        dan terbukti, poin-poin ini yang bawa sebab Proton tak boleh jual banyak kereta market untuk domestik, dan langsung tak kompetetif untuk market eksport.

        3 poin yang tuan bagi tu pulak tak ada fakta kukuh boleh menyokong;
        1) enjin ni katanya sedang dibangunkan dengan Ricardo, hasilnya kita tak nampak lagi. kita bercakap tentang perkara yang dah terjadi, bukan plan yang belum berhasil lagi.
        2)fiat multpla? berapa banyak Malaysian yang beli Multipla tu? berapa banyak model Multipla terjual seluruh dunia? rupabentuk memang subjektif, tapi sebagai pembangun kereta tempatan, Proton sepatutnya lebih tahu citarasa orang Malaysia dan Asia.
        3)mahal tak semestinya berkualiti. tak perlu kualiti tahap sportscar, cukup sekadar tak mendatangkan masalah asas, dan menyusahkan pemilik.

        After sales jadi bermasalah bila fasa engineering dan pembangunan bermasalah, contohnya idea dan design fantastik, tapi kejuruteraan dan pelaksanaan kelas ketiga. Kalau semua komponen dibuat dengan teliti, diperiksa kualiti dengan jujur, tak timbul lah masalah pada end user.

        aku nampak masalah kualiti dan ergonomik Proton ni bermula dengan Waja dan jadi lebih teruk pada model Gen-2, Satria Neo dan Savvy. Semuanya serba tak kena, mungkin sebab terlalu fokus pada DNA Lotus yang tak selari dengan keperluan sebuah sedan untuk kegunaan seharian kita.

        dunia automotif dah banyak berubah sejak zaman Proton keluarkan Saga dan era zaman kegemilangan Wira…
        Proton dah terlepas peluang keemasan (tawaran VW dulu)…belajar la dari pengalaman.


    • kawan setuju sgt bab design tu..dh puas komen..last2 keluar persona rase nk tepuk dahi azlano…

      heran jugak teman,nk kate x reti design,keje dh bertahun tahun.belajo dulu pun dh byk tahun..ape da..

      yg cakap design subjektif tu pun satu spesis dgn azlano. ape barang subjektif kalau dr sepuluh org,sorg je yang hangguk kate lawa.

      proton buat produk kt malaysia konon nk ke global,tp citerasa org malaysia pun dia xleh follow. nk kate citerase global,xde pulak dengar stok proton tak cukup kt luar negara.yg selalu dengar lelong murah2 sbb tak laku ade ler

      proton dh terlepas peluang,patut dia design betul2 persona.persona boleh bg survival kt proton.tp mcm bro cakap la.yg kluar kontot mcm tu..ilang terus selera..

      harap keluar kan konsep tuah utk new preve..sekian


      • Yg sorang lagi.. bodoh sombong.. keje nak belagak banding dgn company yg sales dh mencanak. Dia kontot pn seimbang dan pembeli suka.

        Ini kontot tak kena segmen. Masih nk belagak sombong lagi.. tunggulah Proton tinggal dalam Arkib Negara jadi bahan sejarah.


  • bangkrapkan jer P1..buat P3…mcm US gov buat dgn GM.mcm gov buat dgn MAS..buat P3 plak..free from political influence..semua agreement di revise balik….masukkan vendor yg competent within ASEAN..bykkan standarization dgn produk2 brand lain kalau terpaksa,,.baru boleh compete in term of variable cost…psl volume xde..TAKPUN REBATCH JE LA BALIK,,,build up slow2 mcm P2…dunia menuju regionalism psl byk superpower scattered…gunakan lah…


  • En Shamsul, saya rasa umur kita berdekatan tapi pengalaman anda mmg lebih banyak. Saya x tau banyak ttg Perwaja kecuali itu ‘skandal’ besar. Kan ini juga satu lagi GLC yg tengelam (bagi saya, GLC adalah syarikat swasta yg pemegang saham terbesar adalah dana di bawah MOF, termasuk DRB). Tapi, ini ‘irony’. Klu Perwaja berjaya, kan Proton dpt beli keluli dgn harga murah dari pembekal tempatan?

    Antara contoh syarikat kereta gergasi di atas:

    GM: terpaksa jual Opel; VW: skandal menipu; FCA: sibuk cari pasangan; Mitsubishi (belum gergasi lagi): skandal menipu juga

    Kesemua syarikat ini ada beberapa persamaan:

    1.Berkeuntungan: semua untung duit; GM jual sebab pasaran Eropah rugi bertahun-tahun; VW walaupun skandal jualannya terus meningkat dh menang Toyota; FCA mau cepat kahwin jualannya sedikit > 4 juta (semalam kan saya komen pasal kajian Renault < 4 juta x dpt kekal 'independent'; Mitsubishi untung juga (terpaksa jual diri sebab skandal)

    2. Teknikal yg kukuh: kita kenal kereta mereka kan

    3. Duit yg cukup: GM dan FCA xda problem kewangan; VW dan Mitsubishi menghadapi masalah kewangan lepas skandal

    Jadi, kenapa saya x henti-henti cengkam isu Pengurusan dlm kes Proton?

    Syarikat-syarikat asing di atas, adakah mereka mengalami masalah (besar dan kecil), kecuali FCA – dia cuma mau pasangan, disebabkan kekurangan teknikal dan x cukup duit? Tidak.

    Kenapa GM rugi Eropah? GM x dpt mengeluarkan kereta org Eropah mau beli; kereta GM jual baik di Amerika dan China. Siapa salah? Pengurusan.

    VW? skandal tipu org. Siapa salah? Pengurusan.

    FCA? tiada masalah

    Mitsubishi? Tipu org juga. Salah siapa? Pengurusan.

    Proton pernah mempunyai dana yg besar pada satu ketika dulu bila Proton monopoli pasaran tempatan. Jadi jgn kata Proton x pernah cukup duit. Apa yg berlaku? Samalah seperti kes Perwaja.

    Kalau seseorang x berjaya dlm hidup; adakah mau salahkan wang dan teknikal juga? Sebab saya x cukup duit, x dpt pergi universiti, tu lah sebab saya hidup teruk sekarang. Atau, sebab saya selalu gagal peperiksaan (masalah teknikal) jadi sekarang hidup x baik, jadi salahkan Kementerian Pendidikan Malaysia keluar soalan peperiksaan terlampau susah? Banyak orang dalam dunia ini yg mengalami situasi yg sama tapi dpt ubah nasib mereka – *bukan dgn cara jual diri*.

    Proton sama juga. Banyak syarikat kereta antarabangsa hari ini bermula kecil seperti Proton. Adakah disebabkan mereka mula 'awal' mereka mempunyai kelebihan? Toyota yg mulakan hidup dia hampir 100 tahun dahulu adakah dia mempunyai 'early bird advantage'? Pasaran kereta pada masa tu baru kecil mana ada org mampu beli kereta? Kan Toyota juga mengalami kesusahan bagaikan Proton skrg? Jadi bagaimana Toyota mampu sampai status hari ini? Sebab mereka banyak duit pada zaman awal tu? Sebab teknikal mereka kukuh pada zaman awal tu? Biography pengerusi lama Toyota cakap kereta awal mereka akan rosak dalam perjalanan ke ekspo jualan. Cuba fikir. Toyota sampai ke hari ini sebab cara pengurusan mereka yg 'no BS'.

    Pengurusan Proton adalah 'indefensible'. Keseluruhan kumpulan eksekutif dan 'Board of Directors' perlu di-'overhaul' sama sekali. Kalau ini x berlaku, 'partner' baru umpama Geely / PSA hanya lambatkan kemusnahan Proton. Proton akan dpt 'rebadge' kereta Geely dan jual dgn harga murah, jualan mungkin akan meningkat, kemudian turun – sejarah berulang.

    Hanya pembangunan organik dpt menjamin kejayaan Proton. Pengurusan baru yg bebas daripada kongkongan kerajaan. Tapi kerajaan mesti sokong Proton utk bagi dia peluang bangkit kembali.

    ——–

    Satu lagi soalan: kenapa DRB beli Proton? Apabila DRB beli Proton, Proton dh rugi, jadi kenapa DRB sanggup gadaikan keuntungan lumayannya utk menjunam ke dlm kerugian. Adakah ini tidak menunjukkan pihak pengurusan tidak mementingkan pemegang saham DRB? Pengurusan sebegini mana dpt mengembalikan Proton? Tapi, pasti ada cerita di sebalik semua ini. Dalam sejarah negara ini terlalu banyak kes sebegini seperti cerita En Shamsul di atas.


    • Kenapa DRB beli Proton.? Apabila DRB beli Proton, Proton dah rugi. Bukan Itu saja, pada 2015 Proton kerugian hampir 900 juta tapi tetap membayar CBP sebanyak 24 juta kepada kastam pada 2015 sahaja. Syarikat rugi tapi kastam tetap kutip hasil Dari CBP.

      Pada 2016 pula hanya 80k+ rakyat Malaysia sokong (beli) kereta Proton. Pada pandangan saya ada baiknya jual saja 49% share PHB kepada syarikat asing. Kalau jual lebih 49%, PHB dah bukan kereta nasional.

      Syarikat rugi kastam tetap kutip


  • Saya ingin tambah, menurut sumber En Shamsul, komponen keluaran tempatan mahal itu satu lagi alasan bagi kegagalan Proton. Jadi, soalan saya: kenapa Perodua dpt jual Axia pada harga RM25,000? Viva sebelum ini yang lebih kecil daripada Axia, dan sepatutnya kos lebih rendah, pula dijual hampir 10,000 ringgit lebih mahal. Ini bermaksud Perodua berjaya menurunkan kos mereka dgn menggunakan *komponen tempatan*.

    Jadi kenapa Proton x dpt berbuat demikian?

    Kenapa kos komponen Proton lebih tinggi daripada Perodua walaupun berciri *kurang* daripada kereta Perodua – cuba banding Bezza dgn Saga dan Persona.

    Antara syarikat pembekal Proton adalah Delloyd, yg buat ‘power window’ kereta Proton yg kerap bermasalah – sekarang dh tambahbaik tapi masih ada problem. Jadi kenapa apabila masalah ‘power window’ Proton dh jadi krisis, syarikat ini x dibuang sebagai pembekal? Malahan dia masih pembekal sampai hari ini. Seperti yg dicakap dlm artikel En Shamsul, komponen Indonesia dan Thailand lebih murah. Kenapa Proton x beli drpd mereka? Kenapa Perodua boleh dan Proton x boleh?

    Saya menyokong Proton, dan akan menyokong kereta Proton sepanjang dia kekal milik orang Malaysia. Oleh itu, demi kebangkitan Proton, saya dgn hati yg tulus, berharap kerjasama dgn syarikat asing ini akan gagal (sebab Proton x akan bangkit di bawah milik org asing).


    • bagi aku kegagalan Proton byk disumbangkan oleh TDM and his team aka kroni…
      budaya yang terlalu lama berakar…semua vendor nak untung, tapi Proton rugi tak apa….

      perniagaan harus di uruskan secara perniagaan…dinilai dari prestasi untung rugi, bukan berapa byk peluang kerja disediakan atau berapa byk vendor lokal….kalau nak sokong 5-10 tahun pertama itu logik..tapi lepas 30tahun masih rugi dan tak pandai berniaga, maksudnya Proton memang tak ada ilmu nak buat kereta…


    • Tgklah p2 jual 200k da tentu bleh dpt kurangkn harga. P1 ~80k jer. Plus engine n transmisi p2 xperlu pening sgt. p1 plak kene pikir kos nak bangunkan engine pastu kene pikir kos utk beli transmisi.


  • sudah2 la korang nk kondem Tok Det.
    Kereta kat negara lain pun diberi perlindungan.

    PROTON jangan dijual.
    Proton tu maruah rakyat Malaysia.
    Jalin kerjasama berbeza dengan menjual pegangan majoriti.

    Proton boleh pergi jauh dah lama tapi kita nak kereta sendiri. sebab itu punca kenapa Proton lambat bangun.

    FUNTASTICKO jgn ko tular aspek nak burukkan Tok det. Jasa kau dgn Tok Det jauh beza.

    Kongsi teknologi sangat patut TAPI JANGAN DIJUAL.


  • Maruah apanya kalau membela kroni pelingkup Proton.
    Maruah bermaksuk kita pelihara begitu cermat dan penuh hati.

    Takpayahlah nak menutup kesilapan Tok Det. Yang salah tetap salah.. pampered Proton sehingga Proton gagal hidup sendiri. Minda warga Proton telah ditanam.. buat cincai ke tak Govt tetap support.. don worry lah.. nk skrg amik korang.. buat keje main2

    pasang skru pun boleh terbalik.. ada yg loose thread.. keja mcm haram..QC pun bongok buat keje cmna sampai ke tgn pengguna.. 1st touch je ade yg tercabut itu ini…simple fitting pn boleh jahanam.. itu satu contoh ATTITUDE bangang dlm Proton.. so ATTITUDE yg sama boleh jadi berlaku dlm department2 Styling, RnD etc. MD2 atas tktau lah nk ckp.. market tahap gaban apa kalau reka cipta keta yg pelik dna meloyakan!

    ..byk lagi kalau nk ukur mslh dalaman Proton. Pencinta Proton asyik compare dgn gergasi..salahkan pembeli.?? So now? nk bayar gaji staf pun dh tak lepas.. korek lubang kambus lah…


  • Bukan nak kata tapi terkilan bila cakap takda asas padahal kitorang (sekali adik beradik aku) ikut perkembangan proton setiap hari dari sejak lotus acquisition dulu. Paultan & funtasticko memang hari2 aku hadap. Aku boleh cakap mcm ni jela.

    Kalau orang beli fiesta sedan, kau nak cakap persona kontot bukan selera asia pulak?

    Engine proton ricardo memang dia pause sebab gov punya term so proton kena focus cari partner. Sepatutnya dah keluar pun volcano tu. Jgn salahkan kata proton tak buat.

    Masalah quality yg tuan cakap tu model tahun bila? Sebab suprima s punya power window lifetime warranty. Takda dengar complaints pasal suprima. Worth mentioning proton invest kat HPF utk safety. Quality cuma berkait tentang dashboard je ke?


  • Lupa nak cakap, vw partner dgn proton tak jadi sebab vw taknak share tech. Bukan sebab proton bongkak. Kalau tak share tech, means vw cuma nak guna proton punya plant tg malim je. Sama dgn mitsubishi. Maksudnya, kita akan balik zaman wira bilamana kita cuma ada license utk rebadge. Ha tu yg marah sgt rebadge tu pastu sokong pulak. Musykil.


    • Mmm… yup, VW time tu nk kn share yg besar dlm prootn utk depa yg menentukan arah tuju company bawahnya tu nanti n time tu mmg depa lokek pasal tech depa. Apa yg besar sgt rahsia tech depa tu pun tak tau lah… cuma rahsia dah terbongkar… penipuan dlm skandal Diesilgate. Sib baik JV x jadi. Kalau x, naya prootn. Cuma kesian kat Suzuki yg ada saham sket dlm VW. terpaksa tanggung kerugian bersama rakan JVnya tu akibat kes saman n gantirugi dlm skandal Deisilgate.

      Cheers!


    • ramai rakyat Malaysia yg bermimpi ketika itu agar VW ambil proton seperti VW mengambil skoda. Sedangkan perjanjian VW dan proton mungkin tidak sama seperti VW dan skoda. lagipun ketika itu, Tun M masih ada…sudah tentu perjanjian seperti pemilikan saham proton oleh syarikat asing tidak berlaku.

      So, dengan pimpinan kerajaan sekarang dan tanpa campur tangan politik Tun M di dalam proton, diharapkan proton lebih maju dan berdaya saing.


  • apa komen pun x guna, rugi 30 tahun, nak support mcn mana, sudah ratusan juta proton dapat dari kerajaan, selama ini rakyat banyak beli proton tapi sampai skg kualiti down, sales down, apa yg dibelajar selama ini, kalau mcn p2 boleh support, sales naik, kualiti naik paling penting profit profit profit naik.

Leave a Reply