ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton dapat pinjaman mudah RM1.5 bilion dari Kerajaan

Views

Berita Harian melaporkan, Kerajaan meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion kepada Proton Holdings Bhd (PROTON) dalam usaha pemulihannya. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sebahagian besar pinjaman itu akan digunakan untuk membuat pembayaran kepada vendor.

Kerajaan bersetuju mengenakan beberapa syarat dalam usaha menjayakan pelan pemulihan perniagaan Proton. Antara syaratnya ialah Proton perlu meyakinkan kerajaan mengenai model perniagaan baharunya supaya mempunyai kemajuan dan berdaya saing.

Proton juga perlu melaksanakan tiga perkara iaitu mewujudkan pelan penstrukturan semula, menyediakan rangka strategik bagi memperluaskan pasaran di dalam serta luar negara dan mendapatkan rakan kongsi asing terkemuka yang akan membantu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Sebuah Pasukan Petugas yang diketuai oleh Ketua Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala akan ditubuhkan untuk memastikan program transformasi ini berjaya.

Pasukan ini akan mempunyai wakil dari kerajaan yang mewakili Kementerian Kewangan, Miti dan Unit Perancang Ekonomi dan wakil sektor swasta akan dikenalpasti dalam masa terdekat. Mereka akan memastikan syarat-syarat pinjaman mudah dipatuhi serta meneliti model perniagaan Proton pada masa lalu, mengenal pasti kelemahan serta langkah untuk mengatasinya.

Proton mempunyai 12,000 orang pekerja yang bekerja secara langsung dan kira-kira 50,000 orang bekerja dengan syarikat vendor yang bergantung kepadanya. Keputusan Kabinet pada hari ini mengambil kira kebajikan kira-kira 60,000 orang pekerja yang bergantung secara langsung kepada masa depan Proton.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Bantuan utk proton tu betul..
    Pengumuman bantuan besar2an d akhbar tu mnjatuhkan imej proton secara sngaja.
    Komen menteri hnya keluar bkn atas dasar perniagaan ttp politik.
    Biarkan proton brsndirian utk tentukan hala tujunya sendiri dan bukan dgn mana2 entiti lain.
    Apakah proton tiada org pandai langsung d proton? Mustahil.


  • Bglah pada yg ada jiwa proton utk save proton,bila ex penasihat, ceo n lain2 big2 bos pun malu nak guna kereta jenama proton memang tak kemanalah proton…


  • sy berharap, Proton tak ulangi lagi kesilapan pengurusan yg lalu dalam memperkenalkan barisan model baru..

    Preve diperkenalkan pada tahun 2012 walhal pada ketika itu Inspira sudah berada di segmen Preve..

    sy rasa nasib Proton sekarang akan lebih baik jika model A-segmen (macam Axia, Mirage) diperkenalkan pada ketika itu berbanding memperkenalkan preve dan suprima c

Leave a Reply