Selepas membuat kemunculan semasa perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Putrajaya baru-baru ini, PRO-NET sedang giat menguji model sulungnya, Proton e.MAS 7.
SUV segmen-C ini adalah berasaskan pelantar platform Global Modular Architecture (GMA), serta dilengkapi sistem pendorong elektrik pintar 12-dalam-1, seni bina bateri Sel-Ke-Badan, dan sistem penghubung Flyme Auto.
Enam unit Proton e.MAS 7 yang dipandu oleh jurutera pakar Proton kini sedang menjalani fasa ujian intensif, merentasi setiap pelusuk di Semenanjung Malaysia.
Fasa yang terperinci ini penting dalam memastikan kenderaan memenuhi keperluan persekitaran yang khusus di Malaysia dan mengesahkan ketahanan, kebolehsuaian, serta kesesuaiannya dengan permintaan pasaran tempatan.
Ujian lasak ini merangkumi Ujian Ketahanan Adaptif (DAT), Ujian Jalanan Elektrikal (ERT), Ujian Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), dan Ujian Keandalan Kualiti (QRT), serta penambahbaikan yang berterusan pada sistem navigasi, Digital Head Unit (DHU), dan Penyedia Sistem Telematik (TSP).
Setakat ini, jurutera Proton telah menjalankan simulasi DAT yang dapat membaca faktor persekitaran dan corak lalu lintas unik di Malaysia.
Sistem navigasi dalam kereta telah diperinci dengan teliti untuk menggambarkan peta jalan raya Malaysia dengan tepat dan mengoptimumkan penangkapan frekuensi radio untuk stesen tempatan, memfokuskan laluan luar bandar, kawasan pergunungan, serta stesen kereta api untuk menguji sambungan rangkaian internet.
Sistem elektrik ini disasarkan untuk melengkapkan ujian jalan sejauh 10,000 km semasa Ujian ERT dijalankan untuk memastikan integrasi kesemua fungsi elektronik berjalan dengan lebih lancar, manakala sistem ADAS telah diuji dengan teliti dalam pelbagai situasi seperti tempat letak kereta di pusat membeli-belah, di simpang jalan dan di jalan bertingkat.
Jurutera Proton juga telah menyesuaikan komponen perisian utama, memastikan sistem DHU dapat menterjemah bahasa asal pasaran China ke dalam Bahasa Inggeris Malaysia dengan tepat dan disesuaikan dengan tetapan tempatan.
Usaha kolaborasi antara Proton dan Geely ini membuktikan bahawa Proton e.MAS 7 bukan sekadar kenderaan yang ditukar jenama, tetapi merupakan kenderaan yang benar-benar ‘berjiwa Malaysia‘.
Ujian ketahanan kenderaan termasuk penyelesaian masalah dan pemeriksaan sistem yang ketat, PRO-NET akan memastikan daya ketahanan kenderaan mengikuti spesifikasi tempatan.
Jurutera syarikat telah melaksanakan 49 proses tambahan ciri unik daripada Geely untuk memastikan Proton e.MAS 7 memenuhi piawaian tertinggi di peringkat tempatan dan global.
Ujian ini merangkumi segala aspek dari prestasi beban kenderaan sehingga ke kawalan kestabilan elektronik dan kebolehan meredah air yang telah dipertingkatkan, di mana hasil ujian Proton e.MAS 7 melepasi Geely Galaxy E5 dengan kedalaman paras air 400mm bagi menangani situasi banjir.
Ujian ini dijalankan pada bulan Julai dengan kedalaman air yang telah ditetapkan termasuk dengan ujian bonggol jalan untuk menggambarkan keadaan sebenar jalan raya di Malaysia. Satu isu ditemui dan diperbaiki selepas ujian tersebut dijalankan.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Proton e.MAS 7 juga akan menjalani akreditasi ASEAN NCAP, yang direka untuk menguji ketahanan kenderaan sehingga ke hadnya dan memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk para penumpang.
Selain itu, ia juga akan melalui QRT untuk mencapai 100,000 km dalam ujian pecutan, prestasi brek dan penggunaan kuasa. Disamping itu, ujian perisian turut menjadi fokus utama para jurutera Proton.
Ujian-ujian ini mencerminkan dedikasi jurutera Proton dalam menonjolkan penglibatan tempatan yang signifikan daripada Proton dan PRO-NET. Proton e.MAS 7 bukan sekadar model global biasa, ia juga direka dengan teliti untuk memenuhi dan melangkaui jangkaan pemandu-pemandu Malaysia.
Seiring dengan perkembangan ujian tersebut, anda akan berpeluang untuk melihat kenderaan ini di jalan raya. Sila perhatikan di sekitar kawasan anda ketika PRO-NET membawa mobiliti lestari ke jalan raya Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, dia berasa teruja melihat Proton e.MAS 7 memulakan fasa penting ujian tempatan ini.
Ia menandakan langkah besar ke arah penghasilan kenderaan yang bukan sahaja mewakili kemajuan teknologi, malah menunjukkan komitmen syarikat dalam memenuhi keperluan khusus pasaran di Malaysia.
Tambah beliau, pihaknya juga berdedikasi dalam memastikan Proton e.MAS 7 memenuhi piawaian tertinggi dalam kualiti dan kebolehpercayaan, seterusnya membuka jalan untuk pelancarannya yang gemilang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI