ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton e.MAS 7 tampil dengan celoreng warna ‘Jalur Gemilang’ pada perarakan Hari Kebangsaan 2024

Berita Tempatan

Views

Kereta elektrik pertama Proton, e.MAS 7 membuat kemunculan pada perarakan Sambutan Hari Kebangsaan hari ini bersama-sama model lain pengeluar kereta nasional itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn Bhd, Mahmood Razak Bahman yang mewakili kontinjen Proton menyifatkan e.MAS 7 sebagai pencapaian penting Proton.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

“Ini penampilan pertama e.MAS 7 kepada umum yang akan dikeluarkan menjelang akhir tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Proton mempamerkan model daripada Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.

Bibina berasaskan pelantar Global Modular Architecture (GMA), e.MAS 7 menampilkan sistem pemacu elektrik 12-dalam-1 dan bateri litium besi fosfat (LFP) yang menggunakan sel bateri ‘Bilah Pendek’ Aegis.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Ia juga dilengkapi sistem audio Flyme Auto yang dikuasakan oleh cip 7 nm. Mahmood yang juga bekas Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom Berhad berkata, penyertaan DRB-Hicom pada acara itu bersama barisan kenderaannya dapat menonjolkan kejayaan sektor industri negara.

“Saya sangat teruja kerana sejak kecil saya menonton perarakan Hari Kebangsaan dan mengimpikan untuk menjadi sebahagian daripadanya.

“Sekarang, setelah menjadi sebahagian daripada dunia korporat, saya akhirnya dapat menyertai perarakan dan mempamerkan kenderaan saya sendiri,” katanya yang memandu Proton Putra miliknya. – Sinar Harian/Bernama

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply