ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Exora 2019 dilancarkan – Dua pilihan varian, harga bermula dari RM59,800

Berita Tempatan

Views
Proton Exora 2019, Executive RM59,800, Premium RM66,800. Tak ada infinite weave

Sebentar tadi Proton telah melancarkan model MPV tujuh-tempat duduk, Exora (Running Change) yang dikemaskini. Dua pilihan varian ditawarkan – Executive 1.6T CVT dan Premium 1.6T CVT. Harga bermula dari RM59,800 untuk varian Executive 1.6T CVT. manakala varian Premium 1.6T CVT dijual pada harga RM66,800 (tidak termasuk insurans). Yang paling menarik, harga model Exora 2019 jauh lebih rendah dan ditambah dengan beberapa pakej tambah nilai.

Harga atas jalan (OTR) varian Executive 1.6T CVT turun RM2,208 dan ditambah dengan ciri-ciri tambahan bernilai RM700 beserta Pakej Tambah Nilai – RM210, Pakej Servis 5-tahun Kos buruh percuma – RM935 dan cukai jalan percuma selama 2-tahun (untuk 1,000 pembeli terawal) bernilai RM180 dengan jumlah nilai keseluruhan yang ditambah bernilai RM4,233.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Harga atas jalan (OTR) varian Premium 1.6T CVT pula turun RM2,547 dan ditambah dengan ciri-ciri tambahan bernilai RM1,300 beserta Pakej Tambah Nilai – RM690, Pakej Servis 5-tahun Kos buruh percuma – RM935 dan cukai jalan percuma selama 2-tahun (untuk 1,000 pembeli terawal) bernilai RM180 dengan jumlah nilai keseluruhan yang ditambah bernilai RM5,652.

Dari luar, Exora 2019 ini tiada perubahan ketara kecuali antena jenis ‘sirip jerung’. Perubahan ketara adalah di bahagian dalam yang menampilkan konsol tengah yang direka semula dan kini menempatkan unit infohiburan Global Key User Interface (GKUI) dengan skrin sentuh bersaiz 7-inci. Ini bermakna, Exora merupakan model model Proton yang terbaharu mempunyai ciri arahan suara “Hi Proton” dan sambungan internet (percuma 1GB data sebulan selama lima tahun).

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Rekaan panel meter juga mengalami perubahan dengan menampilkan kombinasi analaog dan digital yang lebih kemas dan moden. Selain itu, kemasan pada sarung tempat duduk juga dikemaskini dengan menampilkan upholsteri separa kulit. Panel pintunya dihiasi dengan kemasan dengan corak geometri berbentuk segitiga gabungan warna putih dan hitam yang nampak lebih elegan.

Cermin pandang belakang nirbingkai melengkapkan penambahbaikan yang dibuat pada model ini. Exora 2019 turut menampilkan warna baharu iaitu Rosewood Maroon yang mula diperkenalkan pada model Persona 2019. Pembeli model ini akan ditawarkan dengan kadar faedah rendah bermula 2.76 peratus dengan pakej insurans yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada pembeli yang menginsuranskan Exora 2019 mereka dengan panel-panel insurans Proton.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply