ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Exora terbakar di hadapan rumah, kakitangan TNB maut

Berita Tempatan

Views

Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditemui meninggal dunia di dalam kenderaannya yang terbakar di hadapan rumah di Taman Pokok Mangga, di Melaka, semalam.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Menurut K! ONLINE, dalam kejadian pukul 8.25 pagi itu, mangsa, Md. Lela Othman, 51, ditemui anak lelakinya yang kemudiannya bergegas mengeluarkan bapanya dari kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, anak mangsa mendakwa ketika kejadian dia terlihat bahagian belakang MPV terbakar, namun ayahnya masih berada di tempat duduk pemandu.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Tambahnya, anak mangsa memberitahu yang bapanya mengadu sakit dada sebelum keluar rumah dan menghidupkan enjin MPV untuk ke tempat kerja di MITC. Tidak lama kemudian dia melihat MPV bapanya berasap dan mangsa tidak sedarkan diri.

Pasukan perubatan yang tiba pada pukul 8.50 pagi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kesan melecur akibat kebakaran tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply