ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton gagal menang podium di Rali New Caledonia

Views

Nasib tidak menyebelahi pasukan rali Proton kerana gagal memenangi podium di Rali New Caledonia yang berakhir semalam. Walaupun bermula pada hari pertama dengan baik namun, mereka menghadapi kesukaran pada hari kedua menyebabkan mereka agak ketinggalan.

Juara bertahan APRC  Alister McRae terpaksa menarik diri pada pusingan khas kedua tetapi meneruskan cabaran pada hari terakhir di bawah format Super Rally, memenangi tiga daripada enam peringkat hari tersebut dan berjaya mendapatkan tujuh mata.

Pemenang rali Rali New Caledonia adalah pemandu pasukan Skoda, Gaurav Gill dan Chris Atkinson. Malang menimpa seorang lagi pemandu pasukan Proton, PG Andersson kerana gagal meneruskan saingan akibat masalah mekanikal setelah enjin kehilangan kuasa akibat dimasuki air.

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply