* Gambar sekadar hiasan
Lama kita tak dengar berita mengenai model hatchback Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) kan. Spyshots pun dah lama tak ada, mungkin buat masa ini belum ada yang terjumpa dengan model tersebut. Saya cuma mendapat info Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) bakal diperkenalkan pada April ini. Model tersebut akan menggunakan enjin 1.3l & 1.6l NFE dengan pilihan transmisi CVT 7-kelajuan dan manual 5-kelajuan. NFE dikatakan versi CFE tanpa turbo dengan beberapa perubahan pada piston ring dan manifold selain menggunakan ECU daripada BOSCH (sebelum ini Continental).
Saya juga mendengar ura-ura Proton merancang untuk membangunkan enjin generasi baharu menggunakan direct injection tetapi masih lagi belum diputuskan oleh pihak pengurusan. Khabar angin juga semakin bertiup kencang mengenai Proton yang bakal mempunyai pemilik baharu dan dikatakan DSZ akan kembali menerajui Proton jika ia menjadi kenyataan. Namun setkat ini, ia masih lagi belum disahkan.
* Patutlah DRB-HICOM belum lagi umumkan plan jangka panjang Proton sehingga ke hari ini, mungkin ia ada kaitan juga agaknya. Saya akan cuba mendapatkan maklumat lanjut perkembangan tersebut dari semasa ke semasa. Tunggu! 🙂
video baru…
https://www.youtube.com/watch?v=l2nX4ijtemA
Klau ikut spec cfe,mmg dh lepas euro 5 la. Yg pntg ada vvt
Pemilik baharu? Nak kena jual balik ke proton ni?
Mungkin drb nak jual sebahagian drpd share diorg..lg bagus kalo company yg nak beli saham drb tu antara pengeluar top 5
Bro, takat jual sebahagian saham itu bukan dinamakan “pemilik baru”. Bahasa Malaysia 101.
e’eh macam menarik je berita nih..hehe
enjin baru > enjin serba aluminum GDI N/A & Turbo ?
Dah berzaman diorang dok gebang pasal enjin baru tapi tak buat-buat juga. Aku dah naik muak.
pemilik baru,hmmmm, drb x sanggup nk bela ke? hehehe
Preve hybrid……..
preve hybrid in the making ke bro?
By the time keluar, Preve pun dah basi. Dah la Preve tu masa lancar dulu pun dah memang tak berapa nak current designnya, cuma still boleh diterima sebab tak seburuk Suprima.
Toyota Vios 2013 tak basi pun. Nama ‘Preve’, tapi mungkin generasi baru.
Ape kelas dugong boleh masuk dalam ayat perbincangan pasal Proton bro?
Klau staff proton yg brkmahiran pon bnyak yg lari mcm mana?
Pemilik baru?? Apsal ak rs xsedap hati je….mcm xbest je..
dah nk bertukar tangan, so enjin E01 apa cerita ?
Dengar crita anak mahathir nk ambil alih..btul or tidak kita tngokk ajelah
hint sudah keluar, boleh la detective conan membuat siasatan lepas ni, hahaha…
Adakah Petron Malaysia atau Kenchana Petroleum ??? Kita tungguuuuu…
Bro nak tanya sikit pasal blog ni. Kenapa kalau aku login pasal phone. Selalu gak kena redirected ke apps store? Adakah sebab bro ada iklankan apps dan iklan tu yang force user ke apps store?
saya pun selalu kena gitu jugak bro, tak tau macam mana nak offkan, tapi kadang2 dia ok je..
Kadang2 jer OK. 90% of the time tak OK. Dulu-dulu takde pun masalah camni. Tapi lately dia timbul pulak. Terus ilang mood nak bukak blog ni sejak asik-asik jadi masalah camtu. Harap bro boleh usahakan sesuatu, sebab zaman sekarang orang dah jarang surfing guna PC.
Cuba bro check.
Aku pakai safari pn kejap2 dia redirected ke appstore.
Tp pakai android chrome xde pulak jd cmtu.
Haha..macam-2 proton.mana xnya walaupon DRB tu swasta.diam-2 crita dlam ade kerajaan campo tngan lgi.Staff lama pon bnyak lari.memang nmpak proton lbih baik under DRB.Tapi management lgi baik DRZ.x plak ramai staff yg kene kluar dari proton yg setia dgn proton.Otai-2 proton yg lama pon kurang.belum lgi pekerja baru yg msuk x smpai seminggu pon cabot.
DRB pnting bisness..pyah pegang bnyak company..produk pon lmbat kluar.strategi bagus tpi nk laksanakannya brtahun-2.mcm mna brand proton nk thap global.Staff proton pon aku dengar crita bnyak dahh caww.tu blum lgi engineer nya.
Mementingkan business tu tak salah. Tak guna juga kalau plan macam-macam tapi business tak sustainable. Cuma sekarang ni aku tengok cam makin tak best. Model yang ada sekarang semua bukan bawah DRB pun. Aku faham DRB tu baru lagi jadi pemilik Proton, tapi ni sampai enjin baru pun belum buat keputusan lagi. Lepas sudah buat keputusan ingat boleh siap sekelip mata ke? Esok delay punya delay, by the time enjin baru keluar, dia pun dah outdated. Sama jer kes macam CamPro masa keluar dulu.
I dont mind who gonna takeover as long as DSZ in charge again…
Bhaha.ura-2 anak Tun M nk take over dahh bnyak khabar anginnya.Enjin petronas pon x kluar lagi.DRZ please back to proton la.
DSZ la boss . …
Tq boss…
Eloklah lancar bulan 4 ni..kalau nak tunggu masuk separuh kedua tahun ni, terasa lambat pulak. dah lah syarikat lain berlumba2 lancarkan model2 baru. nanti hilang pulak pelanggan berpotensi.
Berita mengujakan..Ini yg aku tunggu.
Funtasticko tolong bawa lebih byk berita automotif, minda lebih terbuka dan membina..
Jgn jd mcm di PT..hampir 100% comments dah jd negative..Asal ada new posting jer comment negative..Mcm sumer org tau sumer benda dan mcm sumer org kita ni hebat2 belaka dan mcm sumer org ni tau sumer benda pasal kereta. Manufacturer mcm Volvo, Mercedes yg dok polopori teknologi pon kena kutuk – masuk gaung la wei..
Pada aku Proton boleh berjaya sekiranya memiliki owner yg bagus dan halatuju yg tetap dan berjangka-masa panjang..
PT bgi ak 90% smua komen -2 yg mngarut..mmang memalukan bila produk sndiri d prbodohkn walaupun produk yg dhsilkan sdah bgus.mnteliti rkyat mlaysia mcm tu..bgi ak tokey proton x ksah sapepun yg pgang asalkn management,kuwangan yg bgus.Tpi cara pngurusan yg paling bgus cara DSZ msa under Proton tngok mcm mna kualiti peningkatan persona naik smpai preve mmang super dia pnya teknologi.mlang orang pndang rendah lgi..DRB bgi ak lgi bgus dia jual half saham dkt company lain.Drb bnyak sngat pgang company smpai kuntungan proton pon d share dgn company lain.Tngok saje company automotif yg dpgang smpai mnagement pon kurang bgus.pkrja pon bnyak yg dbuang.Plan perancangan masih kabur tpi pnambah baikan mmang adalah skit.
1.6NFE kalau ditala betul2 dgn cvt, mungkin kereta GSC ni boleh mencapai matlamatnya-smooth power delivery, good refinement and good fuel consumption.
gear CVT yg proton gunakan skrg buat aku rasa down sikit lh. ramai juga yg highlight isu ni. kdg2 aku rasa baik proton guna 5 speed auto trans je. kalau cvt yg proton guna mcm nissan/toyota kan bagus. smooth dan tidak ada timbul isu bunyi whining.
Aku setuju dengan bro. Keputusan untuk pakai CVT tu pada aku adalah keputusan yang sangat bagus. Cuma keputusan untuk ambik CVT jenis yang diorang pakai sekarang ni adalah satu keputusan paling bodoh, tak pakai otak.
Apa option lain psl cvt tu?
Salam, tahukah anda CVT yg Proton pakai sekarang adalah dari syarikat yg sama supply kpd VW dan mini dll? Manual pula syarikat yg sama supply kpd BMW?
interiornya more to conti style…kombnasi hitam dgn chrome stripe amat woww…
spyshot terbaru ada kat PT. meter nampak mcm preve/suprima. back seat head rest mcm suprima. headlamp nmpk seakan2 mcm saga flx, pasal bentuk headlamp dgn lokasi lampu signal kat headlamp mcm sama..
oo kira ko dah tgk le ni, jadi kalau dah tgk, adakah proton masih menggunakan steering yg sama recycle exora/preve/suprima ? minta share skit info..
Semua jenama luar negara pun guna barang recycle untuk model-model yg masuk malaysia termasuk dari model lama yg dah lama jual kat negara lain.