ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz 2017 mula dijual

Views

Selepas membuka tempahan sejak 19 Mei 2017 lalu di DRB-HICOM Autofest, Proton secara rasminya mengeluarkan Iriz yang diperhalusi dan ia boleh didapati di semua pusat pameran Proton di seluruh negara. Penambahbaikan tersebut dibuat setelah mendapat respons positif dari orang ramai yang kagum dengan pengurangan bunyi, getaran dan kekasaran serta penjimatan bahan api yang lebih baik pada model Persona.

Apa penambahbaikan yang telah dibuat pada model Iriz 2017 ini?

  • Pengurangan bunyi, getaran dan kekasaran yang lebih baik
  • Tambahan ciri bantuan Pemanduan Eco
  • Penghalusan pada penentukuran ECU yang menyediakan tindak balas selari bagi pemanduan yang lebih baik.
  • Varian 1.3L Executive kini dilengkapi butang penghidup enjin yang sebelum ini hanya dipasang dalam varian 1.6L.
  • Warna badan dua tona bagi varian 1.6L Premium di mana bumbung, spoiler dan cermin sisi berwarna hitam.
  • Kemasan dalaman dihiasi jahitan merah pada stereng dan tempat duduk separa kulit bagi varian 1.6L Premium.
  • Masih mengekalkan ciri-ciri keselamatan standard seperti struktur Besi Tempa Panas atau Hot Press Forming (HPF), penarafan lima bintang dari ASEAN NCAP, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Tarikan, Bantuan Brek, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Bantuan Kawalan Cerun, ISOFIX dan top tether serta 6 beg udara untuk varian Premium.

BACA >> Proton Iriz Refinement – Apa yang telah diperhalusi?

Sejak pertama kali diperkenalkan ke pasaran pada September 2014, lebih 45,000 unit Proton Iriz telah terjual sekaligus menjadikannya kereta Proton kedua terlaris sejak dikeluarkan, selepas Proton Saga. Proton Iriz juga memenangi pelbagai anugerah seperti Compact Hatchback Car of the Year dan People’s Choice Award di NST Car of the Year 2014, Best Industrial Design 2015 oleh Intellectual Property Corporation, Most Affordable 5-Star ASEAN NCAP Car in Malaysia di ASEAN NCAP Grand Prix Award 2016 dan Budget Car Of The Year di 2016 ASEAN Car of The Year Awards.

Tempahan dan pandu uji Proton Iriz yang diperhalusi kini boleh dibuat di semua cawangan Proton Edar serta siri jelajah di seluruh negara. Iriz baharu ini didatangkan dalam empat varian – 1.3L Standard (MT & CVT), 1.3L Executive CVT dan 1.6L Premium CVT, berharga dari RM43,800 ke RM58,800 dan boleh didapati dalam 2 warna baharu, Ruby Red dan Carnelian Brown, selain dari warna Iriz sedia ada iaitu Graphite Grey, Atlantic Blue dan Cotton White.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply