ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Proton Iriz bakal ganti Satria Neo S2000 di WRC?

Views

Laman Facebook Chicane Media mengusik netizen dengan sekeping foto jentera rali Proton Iriz WRC dari pasukan Mellors Elliot Motorsports. Jika diperhatikan kepada intercooler yang jelas kelihatan pada bumpar depannya Proton Iriz WRC berkemungkinan akan bertanding dalam kategori R5 – kereta 1600cc dengan pengecas turbo dengan berat minima 1230kg dan pacuan semua roda (AWD) atau kategori – R3T kereta berkapasiti sehingga 1613cc dengan pengecas turbo dan pacuan dua roda (2WD).

Setakat ini tiada apa apa maklumat rasmi diberikan oleh Mellors Elliot Motorsports yang pernah menggunakan Satria Neo S2000 sebagai jentera rali mereka. Informasi yang kami perolehi ketika ini dikongsi oleh saudara Azad Jasmi. Nantikan kemunculannya!

13908919_1269518829726998_768515044087761564_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


    • Aha.! Sama la macam Elise, nama perempuan. Lotus Elise & Proton Iriz. Boleh saja Iriz di satriakan dengan mengubahsuai kepada versi coupe 3 pintu sebagaimana satria sebelumnya.

      Mungkin sangat sesuai kerana Model Iriz lebih premium berbanding satria sebelumnya termasuk Persona 2016 baru. Satria 1.6 CFE kedengarannya mantap


      • Betul tu. Setuju sangat Kalau Satria baharu guna Platform Iriz, buat Coupe 3 pintu. Rim kasi 17 inci, padan dengan enjin 1.6 CFE, segment C. Tu barulah sesuai nama Satria. Jual kat Australia mesti laku. Nanti diorang compare dengan Satria GTi lama, akan terasa banyak peningkatan dan pembaharuan.. Jadi Hot Hatch terus..


      • Setuju sangat! Jangan lupa rim 17 inci spt pada kereta Suprima S. Satria dari body Iriz, enjin CFE, rim 17 inci, 3 pintu.. Pergh! meletup!


  • Spesifikasi R5 ni hampir menyamai spesifikasi kereta WRC sekarang. Standard R5 guna enjin 1,6 direct injection turbo dengan 32mm restrictor. Manakala WRC dengan 33mm restrictor dengan aerodynamic wing. (WRC 2017 akan guna 36mm restrictor). Jadi kita akan dengarkan bunyi deruman seakan2 kereta level WRC daripada Iriz ni.

    Persoalannya disini, Proton Iriz R5 akan guna enjin siapa? 1.5tgdi Proton dah sedia ke?

    Maka ladang sawit Kota Tinggi johor akan jadi tapak ujian Proton Iriz R5. Lama dah tak dengar enjin Neo S2000 di situ. Lama dah Skoda menguasai trek Kota Tinggi.

Leave a Reply