ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Proton Iriz bakal guna transmisi CVT dari Jatco mulai tahun hadapan!

View

Maklumat terbaharu yang kami perolehi dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan mulai tahun hadapan, Proton berkemungkinan akan beralih kepada transmisi CVT dari Jatco bagi menggantikan unit CVT dari Punch Powertrain untuk model Iriz 2016. Ini suatu perkembangan positif dan amat dinanti-nantikan kerana terlalu banyak rungutan mengenai CVT dari Punch Powertrain yang dikatakan mengeluarkan bunyi yang agak bising selain tidak terlalu lancar dan kurang kecekapan dalam penggunaan bahan api. Transmisi CVT dari Jatco itu menggunakan mekanisma penukar tork (torque converter) berbanding CVT dari Punch Powertrain.

Selain itu Iriz 2016 yang dipertingkatkan itu bakal mempunyai tambahan spesifikasi seperti pendingin hawa automatik, sensor parkir hadapan dan bantuan titik buta (blind spot assist). Proton juga akan memperkenalkan Iriz versi 1.3 Turbo dengan transmisi manual enam-kelajuan dari Getrag pada tahun hadapan. Dikatakan enjin 1.3 Turbo dengan VVT itu mampu menjana 140 hp pada 5,750 rpm dengan 190 Nm tork dan bakal menjadikannya Iriz paling laju dan berkuasa. Bulan Oktober lalu semasa karnival Alami Proton, sebuah model prototaip Iriz 1.3 Turbo telah dipamerkan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Proton.

Sedikit perkembangan mengenai model gantian Persona (Iriz sedan) yang kini sedang giat dibangunkan dan bakal memulakan pra-produksi dalam masa yang terdekat. Model ini juga berkemungkinan besar menggunakan transmisi CVT dari Jatco dan akan dilancarkan pada suku kedua 2016. Teruskan bersama Funtasticko.net untuk informasi terkini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

39 Comments


  • Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik kpd bakal-bakal pembeli kereta Proton yang baru (termasuklah saya yang sedang menantikan Proton Persona yang baru).. diharapkan Persona yang baru boleh setanding dengan Honda City dan Toyota Vios.. lagi manarik jika ada varian 1.3 turbo.. pengalaman memandu Saga FLX adalah sangat mendukacitakan dari segi kelancaran transmisi..

    Kalau tahun ini jualan Proton berkemungkinan tidak mencecah 100k, dengan penganalan Iriz 2016, Proton Persona dan Proton Saga baru ditambah pula dengan pengekalan ciri-ciri keselamatan sprt yang ada pada Iriz serta penggunaan transmisi yang lebih baik, saya yakin jualan Proton pada tahun hadapan akan melebihi 100k..


  • 1.3 turbo. dengar memang best. tapi lebih elok beli versi enjin NA saja. Kalau minat dengan turbo, kena menabung banyak sikit untuk ganti oil cooler hose. Sebab sampai saat ini proton masih belum jumpa penyelesaiannya.

    Kalau alang2 nak pakai jatco, baik semua model proton dengan jatco..jangan iriz guna jatco, preve masih kekal dengan punch..tu satu tindakan yang kurang bijak.


    • Setuju. Untuk Prevé dan Suprima facelift, lebih baik Proton beralih kepada CVT torque converter Jatco. Proton kena cari vendor baru untuk part oil cooler hose, wire harness, headlamp…. semua yang bermasalah tu, tak perlu layan lagi. Dah 3 tahun sampai sekarang vendor tu tak improve, tak selesai. Proton kena lebih serius tentang QC dan aftersales mereka… kereta semua dah ok, yang masih lembab tu reliabiliti dan service centre.


      • SETUJU Sangat…..yg bermasaalah tu kena beri kata dua….kalau bermasaalah juga MESTI diBUANG aje kelaut…….orang tak suka proton sebab QC…….kereta dah bagus…..QC bermasaalah……..pikir-pikirkan wahai proton…….kita cakap begitu sebab kita SAYANG Proton…!


  • sedih sikit..sebab baru je dapat exora turbo haritu, skrg proton nak keluarkan model model yang banyak improvement dah dari segi powertrain dan transmission. =P

    tapi improvement mcm ni lah yang sangat diperlukan oleh proton…

    cvt punch pada exora saya ni, mungkin boleh kata kurang cekap tapi bila dah biasa bawak, saya rasa ok jer. setting dia kena tekan sikit kalau nak laju. exora bold ni cukup dah kuasanya utk full size mpv.
    setangki rm95 – rm100 buleh pegi 600km+-
    honda accord 2.0 baru kawan sekerja saya setangki rm120 pun buleh pegi 600km…+-
    so saya rasa xde la enjin proton + punch cvt ni tak jimat minyak…

    anyway, dengan improvement baru ni, jauh lagi baik lah performance kereta proton lepas ni..
    belajar dari perkara ni, patutnya proton kena aware mengenai hal performance enjin dan transmisi.. jangan bagi ruang pada haters untuk jadikan modal…


  • Memang terbaik ! Sokong 101% ! Masalah terbesar Iriz ialah kotak gear Punch CVT yang sudah ketinggalan zaman. Kompetitor semua dah beralih kepada CVT torque converter. Saya percaya jualan Iriz akan naik lepas Proton guna CVT Jatco nanti.


  • Good improvement Proton..well done..keep it up..after 2016..boleh focus dgn preve and suprima facelift..tukar gearbox and engine baru (TGDi)..exora replacement and A-segment rebadge dari Suzuki..semakin menarik ni..

    Kita kasi senyap mulut haters


  • Ini satu berita yng menggembirakan pengguna cvt pada model proton..Terbukti cvt dari punch bkn yng terbaik berbanding torque converter dari jatco yng smooth pda kereta nissan.Saya harap smua model proton dapat cvt baru ini..Tapi sya berhsrap sangat Proton improvekan beberapa aspek ni:

    Efficiency:
    Smua orang tau model2 proton smua kaki sedut minyak dgn banyak.Proton perlu improve dgn bgi idling stop dan regenarative braking untuk smua model proton.Dengan ini penggunaan minyak berkurang walaupun x sebanyak yng disangka.

    Berat:
    Saya pelik kenapa kereta2 proton semua berat padahal mcm iriz,preve dan suprima pakai tech HPF tapi masih berat dri competitor mereka sendiri.Sya harap sgt proton impprove HPF ini utk model2 baru mereka.Berat kereta memainkan peranan penting dalam improve fc

    Powertrain:
    enjin proton dah jauh ketinggalan dri pesaing yng lain.Power output pun jauh ketinggalan.Ada patut enjin 1.6 vvt proton hasilkan 105hp/150nm padahal enjin hyundai 1.6 mpi yng leceh pon blh 128hp/157nm.Sya hrp sgt ejin bru proton akan dikeluarkan secepat mungkin termasuk enjin diesel ngn hybrid utk model2 baru tambah2 plak emisi.Tpi saya salute enjin 1.3 turbo tu..wwooww 140hp/190 nm hrp ada option cvt jatco

    Safety
    Yang ini saya tabik untuk proton sebab bagi safety yang cukup lengkap utk model terkini mereka.Tapi proton jgn diskriminasikan sgt spek safety ni.Sya harap proton STANDARDKAN 6 airbag,stability control dan traction control utk semua model dan lineup mereka.Utk spek premium apa salahnya proton bgi blind spot,lane departure,AEB,smart cruise control,rear cross traffic dll bukanya rugi apa pon.

    Quality and aftersale:
    ini masalah proton yng x pernah selesai sampai sekarang.Walaupun ada peningkatan quality pada model terkini proton namun,masih ada masalah fit and finishing dan part yng x sempurna.Bila dah bermaslah nak pergi service centre nak tukar..Orang kat SC pon mcm malas buat kerja.Dahla nak tunggu siap berjam-jam..Tolong proton just get rid vendor yng bermaslah dan get rid mechanic yng malas yng buat kerja tu…

    Lain2:
    -Tolong bgi stering telescopic sng nak adjust stering ikut keselesaan penummpang
    -Tolong tukar colour instrumen cluster bgi colour yg sejuk mata memandang.
    -Tolong bagi centre console blh rehatkan tangan yng penat memandu.
    -Bagi seat yng besar sedikit
    -Bagi infortainment yng proper cket,bkn aftermarket china made pnya.


    • sy pernah hantar kereta proton sy ke wakil service proton, dan hantar kereta perodua sy ke 3S Centre perodua.. sy boleh kata, kualiti service antara proton dan perodua mcm langit dengan bumi

      di wakil servise proton… sy terpaksa tunggu berjam-jam utk kereta siap diservise

      di 3S Centre perodua, sy hanya perlu menunggu sekitar 40 minit (kurang dr tempoh yg dijanjikan iaitu 1 jam)


  • Iriz CVT Premium user here.

    No komen pasal CVT. Kene biasakan. Mula2 x suka, last2 suka. Lag masa dh gerak tu mula2 je. Lama2 x de sgt dah lag tu. Soal performance, tak de masalah. Mendaki Genting, turun Genting, mendaki jalan ke Wang Kelian, turun, sangat superb!

    Satu je feedback dan boleh dikatakan kekurangan pada Iriz Premium. Auto Cruise!!!!!!!!!!! How in hell the premium level don’t have Auto Cruise. Harap sgt Proton boleh sediakan Auto Cruise update package. Aku sanggup bayar!!!


    • tambahan,

      Kepada ramai yg kata CVT ni (utk Iriz) bising, bagi saya sebenarnya tidak. X de dah bunyi bising/humming/droning yg kita boleh baca kt mana2 review pasal Iriz CVT. Yg ada adalah bunyi ekzos yang saya sangat tidak suka.

      Saya pernah test drive Iriz CVT sebelum beli dulu, dan memang ada slight droning dan tidak kuat mana pun. Sama level dgn bunyik kompressor dr C180 dari dlm kabin.

      Tapi bila dah beli, mmg tak ada droning. Ada software/firmware update yg Proton keluarkan utk CVT bg mengurangkan/menghilangkan CVT droning.


  • Saya juga dh develop habit ikut speed pada GPS bila long distance driving; bukan pada speedometer, sbb xde clear mark utk 110 km/h. Mungkin juga dah terbiasa dgn digital speedometer dr kereta saya yg 1 lagi. Soalan saya utk semua, adakah 110 km/h di GPS tidak akan memberi masalah pada AES?


  • Aes will trigger when our speed is more them 10km/j from what appear on the board. Mcm dekat spim river, if ur speed is 120 or below, aes will not trigger. Same goes to serdang Aes near the petronas. Already try and currently x d g selfie yg sampai ke rumah. Once pernah kene 101 km/j di kawasan 80km/j

Leave a Reply