Setelah sekian lama menanti, akhirnya Proton melancarkan model naik taraf pertama mereka hasil kerjasama dengan Geely, Iriz dan Persona facelift sebentar tadi. Iriz facelift ditawarkan dalam lima varian, iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT.
Persona facelift pula bakal ditawarkan dengan tiga varian, iaitu Standard 1.6L MT dan CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. Kedua-dua model ini telah diberi nafas baharu dengan menampilkan DNA reka bentuk baharu keluarga Proton, terutama pada jeriji hadapan yang disuntik dengan elemen busur (Ethereal Bow) yang disulami dengan motif berbentuk anyaman yang dipanggil Infinite Weave.
JOM BACA >> Hanya penerima BSH dapat subsidi petrol – Harga siling RON95 mungkin dihapuskan
Sebanyak 367 penambahbaikan telah dilakukan untuk model Iriz manakala sebanyak 303 penambahbaikan pula telah dibuat pada model Persona. Ia bukan sahaja berubah dari segi kosmetik, ia turut diberi beberapa perubahan penting, yang paling ketara ialah kehadiran unit infohiburan dengan ciri Arahan Suara yang dibangunkan oleh Proton dan ECARX.
Secara mekanikal, kombinasi enjin dan transmisinya masih kekal namun beberapa penambahbaikan telah dibuat oleh para jurutera Proton untuk menjadikannya lebih responsif, lancar dan senyap. Dari segi keselamatan, kedua-dua model ini dilengkapi dengan Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, dua beg udara dan sensor pakir hadapan sebagai ciri standard manakala untuk varian Premium ia dilengkapi enam beg udara.
Lima pilihan warna ditawarkan untuk model Persona facelift iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Rosewood Maroon dan Armour Silver. Iriz facelift juga akan ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Ocean Blue, Ruby Red, Snow White, Armour Silver dan Jet Grey.
Harga Proton Iriz 2019 mengikut varian:
- Standard 1.3L MT – RM 36,700
- Standard 1.3L CVT – RM 39,700
- Executive 1.3L CVT – RM 44,700
- Executive 1.6L CVT – RM 46,700
- Premium 1.6L CVT – RM 50,700
Harga Proton Persona 2019 mengikut varian:
- Standard 1.6L MT – RM 42,600
- Standard 1.6L CVT – RM 44,600
- Executive 1.6L CVT – RM 49,600
- Premium 1.6L CVT – RM 54,600
Proton Iriz dan Persona 2019 turut ditawarkan dengan pakej pelancaran yang merangkumi:
Pakej Cukai Jalan
- Percuma cukai jalan selama 2 tahun bagi kereta-kereta yang ditempah sebelum pelancaran.
- Percuma cukai jalan selama 2 tahun bagi 1,000 unit pertama yang didaftarkan.
Pakej Data
- Percuma data internet selama 5 tahun (12GB setahun).
Kadar Pinjaman Rendah
- Kadar faedah bermula dari 2.93 peratus.
Pakej servis
- Percuma caj pekerja bagi 3 temu janji servis berjadual (sehingga 20,000km).
Pakej Perlindungan Insurans
- Penepian kos pembaikan sehingga 10 tahun.
- Perlindungan nilai yang dipersetujui sehingga 12 tahun.
- Perlindungan Key Care sehingga RM1,000.
- Elaun banjir sehingga RM1,000.
- Perlindungan untuk semua pemandu tanpa kos tambahan.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
Proton Iriz facelift 2019
Proton Persona facelift 2019
If you own earlier model iriz. Ok how to improve. Eazy.
1. Add electronic throttle controller. Set to high response. For batter thtottle response
2. Add one more exhaust resonator which id bullet type. That will cancel out the droning noise effect . Makes the car quiter.