ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancarkan 18 Mac ini?

Info

Views

Kami baharu menerima info terbaharu yang paling dinanti-nantikan oleh anda semua. Menurut info dari sumber yang boleh dipercayai memaklumkan, Proton bakal melancarkan Iriz dan Persona facelift secara serentak pada 18 Mac ini.

Baru-baru ini Proton telah mempertontonkan Iriz facelift kepada pihak media dan tempahannya juga telah dibuka. Iriz facelift akan ditawarkan dalam lima varian, iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Persona facelift pula bakal ditawarkan dengan tiga varian, iaitu Standard 1.6L MT/CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. Kedua-dua model ini akan dilengkapi dengan ciri Arahan Suara untuk varian Premium dan telah perhalusi dari segi kadar NVH.

Kedua-dua model ini turut menerima perubahan kosmetik luaran terutama pada bahagian bampar depan dan belakang yang menampilkan elemen rekaan baharu Proton yang diinspirasikan dari busur (Ethereal Bow) dan corak bermotifkan anyaman infiniti (Infinite Weave).

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply