ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz dan Persona facelift bakal diperkenalkan bulan depan?

Info

Views

Ramai juga yang bertanya kepada kami, bilakah model Proton Iriz dan Persona facelift akan dilancarkan ke pasaran, sedangkan pada awal bulan ini foto acah rasmi Iriz facelift telah dikeluarkan. Namun selepas itu ia agak sepi seketika dan ada juga yang kata buat apa sekadar tunjuk foto acah kalau tidak membuka tempahan.

Jadi kami pun berusaha mengambil inisiatif sendiri dengan menghantar perisik handalan Mat Bond untuk mendapatkan info terkini.  Menurut info yang diperolehi oleh Mat Bond, kedua-dua model ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada bulan Mac (bulan depan).

Cuma tarikhnya masih belum diperolehi buat masa ini. Ok dah selesai satu bab. Ada satu lagi maklumat terbaharu yang diperolehi Mat Bond berkaitan dengan satu varian baharu Exora. Varian tersebut akan dilancarkan selepas Iriz dan Persona facelift dan dikenali dengan RC (bukan Remote Control tau).

JOM BACA >> Model SUV kompak Proton bakal dinamakan X50?

RC itu bermaksud Running Change, tapi kami nak gelarkannya sebagai Exora Running Man, baru nampak ala-ala K-POP gitu. Sebenarnya Exora RC ini hanya varian selingan sahaja dan agak ‘melucukan’ pada kami yang berubah hanya unit info hiburannya yang akan mempunyai fungsi Arahan Suara.

Yang lain tiada perubahan dan fungsi Arahan Suara ini sama seperti yang ada pada model Iriz dan Persona facelift nanti. Tak boleh nak suruh dia buka tutup tingkap. Lepas ni habis semua model baharu Proton boleh bercakap, tak la anda bosan memandu sorang-sorang nanti. Tapi kalau tengah malam tu agak seram juga la takut ada satu lagi suara ketiga.

Kami rasa Exora RC hanya nak menampakkan model MPV tersebut lebih terkini dan canggih memandangkan ia model paling ‘otai’ dalam barisan model Proton. Jadi harapan untuk melihat model facelift besar-besaran Exora dalam tahun ini mungkin tidak menjadi kenyataan kerana Exora MC4 hanya akan tiba paling awal pun pada tahun depan. Model CKD X70 juga masih mengikut jadual, manakala X50 pula juga akan tiba pada tahun depan (2020).

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply