ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz MC2 – Tiga varian ditawarkan termasuk Active

Info

Views

Kami baharu menerima beberapa lagi info terbaharu mengenai Proton Iriz MC2 menerusi paparan slaid yang dikongsikan oleh salah seorang rakan pembaca bernama Nik Fitri di ruangan ‘inbox‘ mesej Facebook kami.

Seperti Persona MC2, Iriz MC2 juga akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian tetapi dengan dua pilihan enjin berbeza, iaitu Standard 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan varian baharu, Active 1.6L CVT.

Sama seperti Persona MC2, Proton tidak lagi menawarkan transmisi manual pada model Iriz MC2 dan hanya menawarkan transmisi CVT sahaja yang dilengkapi dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission).

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Berikut adalah ciri-ciri baharu Iriz MC2 mengikut varian:

Standard 1.3L CVT

  • Rim aloi 15-inci rekaan baharu
  • Lampu depan baharu jenis halogen dan kemasan lampu belakang baharu
  • Logo pada jeriji hadapan (topmark) baharu
  • Port USB untuk perakan video digital (DVR)
  • Paparan pendingin hawa jenis digital
  • Mod ECO
  • Beg udara sisi

Executive 1.6L CVT

  • Rim aloi 16-inci rekaan baharu
  • Cermin sisi auto lipat
  • Unit infohiburan dengan paparan sesentuh bersaiz 8-inci
  • Butang penghidup enjin
  • Butang kawalan pada stereng
  • Kemasan tempat duduk kulit
  • Beg udara tirai

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Active 1.6L CVT

  • Lampu depan baharu jenis LED
  • Lapik pelindung badan gaya SUV
  • Rel para bumbung
  • Fungsi pengecaman suara (tempat duduk pemandu)
  • Injak (pedal) sporty
  • Alas kaki sporty

Bagi varian Active 1.6L CVT, ia akan menerima kemasan tempat duduk dengan upholsteri separa kulit kombinasi warna hitam dengan jahitan benang merah. Kemasan pada papan pemuka varian ini juga menggunakan kombinasi hitam dah merah.

Selain itu, model hatchback kompak ini turut mengalami perubahan kosmetik terutama pada bampar depan dan belakang serta ruang kabin yang dikemaskini dengan rekaan konsol tengah papan pemuka baharu dengan unit infohiburan jenis terapung, unit kawalan pendingin hawa rekaan baharu, stereng dengan logo baharu, rekaan konsol lantai baharu dengan perehat tangan.

Kami akan cuba mendapatkan info terkini mengenai Iriz MC2 dari semasa ke semasa, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply