ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz R5 bakal sarung ‘liveri’ syarikat arak

Berita Tempatan

Views

Dalam artikel kami pada minggu lalu, Mellors Elliot Motorsport (MEM) telah mengumumkan mereka bakal mempertontonkan Proton Iriz R5 yang telah lulus homologasi dari FIA di Goodwood Festival of Speed pada minggu ini. Sejak beberapa hari lalu mereka memulakan sesi iklan acah dengan meminta para pengikutnya untuk meneka jenama apakah yang akan dibawa pada ‘liveri’ terbaharu mereka nanti.

Akhirnya segala teka-teki terjawab dan jentera yang dikendali oleh Ollie Mellors dan Ian Windress itu akan menyarung liveri syarikat pengeluar minuman keras Thornbridge Brewery Jaipur. Walaupun ada nama Jaipur, syarikat tersebut sebenarnya berasal dari England, bukannya India.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Nampaknya tiada lagi jalur gemilang serta lambang harimau Proton pada badan jentera rali kali ini dan kami membayangkan keseluruhan jentera cilik ini akan memakai kombinasi warna oren dan emas dengan motif seperti kerawang yang ada pada tin minuman tersebut.

Mungkin ia agak sedikit kontroversi untuk para peminat setia jenama nasional ini, tetapi harus diingat pasukan tersebut adalah milik persendirian yang hanya membeli dan mengubahsuai Proton Iriz sebagai jentera lumba mereka. Atas inisatif mereka jugalah Proton Iriz R5 telah menjadi jentera lumba pertama yang lulus homologasi dari FIA untuk pemanduan sebelah kiri dan juga kanan.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Dalam sukan permotoran, penglibatan syarikat minuman keras bukan satu perkara yang pelik kerana beberapa jenama seperti Martini, Johnnie Walker dan Heineken pernah menaja pasukan Formula 1 satu.Selain syarikat pengeluar minuman keras, syarikat rokok seperti Marlboro, Rothmans, West, Mild Seven dan Lucky Strike turut terlibat dalam penajaan sukan permotoran.

Kalau anda nak tahu, syarikat pengeluar kondom, Durex pernah menaja pasukan Formula 1 Surtees pada tahun 1976, namun pasukan ini tidak mendapat liputan dari syarikat penyiaran ketika itu kerana ia dianggap merendahkan moral. Aduhai, awat la hang pakai jenama arak. Kami berharap untuk musim depan ada penaja lain bukan dari syarikat arak sudi menaja pasukan tersebut.

Kami lebih rela kalau jentera rali ini membawa jenama Pamoga atau Jus Nusantara Gold. Nantikan kemunculan sulung Proton Iriz R5 di Goodwood Festival of Speed minggu ini!

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply